trend | arah aliran | Ekonomi | Tiada | Arah pergerakan jangka panjang sesuatu pemboleh ubah dalam data siri masa. Arah aliran ini biasanya dikira dengan menggunakan kaedah regresi atau purata bergerak. |
secular trend | arah aliran sekular | Ekonomi | Tiada | Kecenderungan pergerakan jangka panjang aktiviti ekonomi yang mengikut suatu arah aliran tertentu. Arah aliran mungkin negatif, yang menggambarkan penurunan, atau positif yang menggambarkan peningkatan. Perubahan kecenderungan mungkin berpunca daripada perubahan cita rasa yang mengubah corak permintaan atau perubahan cita rasa yang mengubah corak permintaan atau perubahan teknologi yang mengubah kaedah pengeluaran. Misalnya, kemerosotan yang berpanjangan dalam penggunaan beca yang disebabkan oleh proses pemodenan. Perubahan permintaan yang berlaku mengikut musim tidak dinamakan perubahan arah aliran sekular. |
practice trend | aliran amalan | Sains Kesihatan | Tiada | Perubahan dalam mengamalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran berdasarkan perubahan semasa. |
disruptive megatrend | trend mega pengganggu | Ekonomi | Tiada | Proses dalam memanfaatkan gangguan terhadap corak global yang meluas dan berkaitan dengan tingkah laku, mobiliti dan persekitaran. Contohnya, seperti pendigitalan, kesihatan, pertumbuhan penduduk dan pembandaran. |
hellaflush | perendahan kereta | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Trend pengubahsuaian kereta yang bertujuan untuk merendahkan kereta serendah yang mungkin dengan menggunakan rim yang lebih lebar daripada tayar sehingga menyebabkan tayar terpaksa ditarik menjadi kangkang ketika dipadankan dengan rim. Sistem suspensi kereta diubah suai bagi menampakkan tayar merapat ke ruang roda dan juga sudut kamber diubah kepada sudut lebih negatif bagi merendahkan lagi kereta tersebut sehingga menampakkan tayar kangkang. Lihat juga tayar kangkang. |
hellaflush | perendahan kereta | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Trend pengubahsuaian kereta yang bertujuan untuk merendahkan kereta serendah yang mungkin dengan menggunakan rim yang lebih lebar daripada tayar sehingga menyebabkan tayar terpaksa ditarik menjadi kangkang ketika dipadankan dengan rim. Sistem suspensi kereta diubah suai bagi menampakkan tayar merapat ke ruang roda dan juga sudut kamber diubah kepada sudut lebih negatif bagi merendahkan lagi kereta tersebut sehingga menampakkan tayar kangkang. Lihat juga tayar kangkang. |
fast fashion | fesyen segera | Kesenian | Tiada | Fesyen pakaian berharga rendah tetapi gayanya mengikut trend semasa yang bergerak pantas dengan koleksi baharu diperkenalkan secara berterusan. |
patterns of crime | pola jenayah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Pola yang merangkumi bentuk, jenis, modus operandi, trend, kekerapan sesuatu jenayah di sesuatu kawasan untuk tempoh tertentu, dan pola ini dapat dianalisis melalui laporan jenayah di kawasan tersebut. Pola jenayah ini membantu pihak berkuasa untuk meramal insiden jenayah serta membantu dalam melaksanakan program pencegahan jenayah di kawasan itu. |
slow fashion | fesyen malar | Kesenian | Tiada | Fesyen pakaian yang berkualiti tinggi dan mahal tetapi gayanya tidak mengikut trend semasa. Fesyen ini juga dikenali sebagai fesyen sepanjang zaman dan tiada koleksi baharu yang diperkenalkan secara berterusan. |
rainfall distribution | taburan hujan | Pertanian | Tiada | Corak hujan turun di sesuatu atau beberapa tempat dalam jangka waktu tertentu. Corak taburan hujan boleh diambil untuk beberapa bulan atau tahun untuk melihat trend turun naik jumlah bagi tujuan perancangan pertanian. Banyak teknik boleh digunakan untuk melihat taburan hujan sama ada secara grafik atau menggunakan kaedah komputer. |