Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tri.ti] | تريتي

Definisi : (Udg) persetujuan secara formal antara dua pihak (negara dsb) atau lebih, perjanjian: keempat-empat buah negeri itu bersekutu dlm tahun 1895 setelah membuat satu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata triti


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
treaty retakafultakaful semula tritiEkonomiEkonomi IslamProduk takaful semula yang menghendaki pengendali takaful membuat takaful semula terhadap semua risiko yang memenuhi syarat dan peruntukan dalam triti takaful semula. HaI ini bermakna, semua risiko tersebut mesti ditakafulkan semula secara automatik oleh pengendali takaful dan syarikat takaful semula pula mesti menerima risiko tersebut secara automatik. Tujuan triti ini adalah untuk memudahkan urusan dan menjamin berlakunya takaful semula demi kepentingan semua pihak. Terdapat beberapa kategori takaful semula triti seperti takaful semula lebihan, takaful semula kongsi kuota, takaful semula lebihan kerugian dan takaful semula kerugian tersukat yang bergantung pada triti yang ditetapkan.
protocolprotokolUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerjanjian subsidiari yang merupakan sampingan atau tambahan kepada sesuatu triti. Protokol juga boleh dimeterai bagi meminda triti yang sedia ada. Contohnya, Protokol Kyoto 1997 yang merupakan triti tambahan kepada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim PBB 1992 (UNFCCC). Bagi mencapai matlamat UNFCCC untuk menstabilkan kepekatan gas rumah hijau dalam atmosfera, Protokol Kyoto meletakkan obligasi ke atas negara maju untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida yang menyebabkan pemanasan global.
multilateral treatytriti pelbagai pihakUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPersetujuan yang dibuat antara tiga atau lebih negara. Setiap pihak mempunyai hak atau tanggungjawab yang sama, tertakluk kepada reservasi yang dibuat. Triti pelbagai pihak biasanya didahului oleh persidangan yang membolehkan negara-negara berunding menyediakan draf perjanjian berkenaan. Contoh triti pelbagai pihak ialah Piagam PBB dan Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Piagam PBB didahului oleh Persidangan Dumbarton Oak, Persidangan Yalta dan Persidangan San Francisco, manakala Statut Rom pula didahului oleh Persidangan Rom. Sinonim perjanjian pelbagai pihak.
surplus treatytriti surplusinsuransTiadaTriti reinsurans yang satu reinsurer atau lebih bersetuju untuk menerima jumlah reinsurans dalam julat nilai melebihi amaun bendungan insurer asal. Kerugian akan dikongsi mengikut kadar di antara insurer asal dan reinsurer.
bilateral treatytriti dwipihakSejarahTiada1. Triti yang ditandatangani antara dua pihak yang berbalah.
surplus treatytriti lebihanPentadbiran PerniagaanTiadaTriti insurans semula yang satu reinsurer atau lebih bersetuju untuk menerima jumlah insurans semula dalam julat nilai melebihi amaun bendungan insurer asal. Kerugian akan dikongsi mengikut kadar di antara insurer asal dan reinsurer.
whole account treatytriti akaun menyeluruhinsuransTiadaTriti reinsurans yang merangkumi semua insurans yang ditulis dalam bahagian tertentu urus niaga syarikat mengesid. Contoh: jika seseorang pengunderait telah mengreinsuranskan akaun marinnya berdasarkan akaun menyeluruh, reinsurans ini juga akan meliputi urus niaga bukan marin dalam akaun tersebut.
bilateral treatytriti dwipihakUndang-undangTiada2. Persediaan atau triti yang dibuat di antara dua pihak atau untuk faedah kedua belah pihak.
whole account treatytriti akaun menyeluruhPentadbiran PerniagaanTiadaTriti insurans semula yang merangkumi semua insurans yang ditulis dalam bahagian tertentu urus niaga syarikat mengesid. Contoh: jika seseorang pengunderait telah menginsuranskan akaun marinnya berdasarkan akaun menyeluruh, insurans semula ini juga akan meliputi urus niaga bukan marin dalam akaun tersebut.
treatytritiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerjanjian antara negara, atau antara pertubuhan antarabangsa, atau antara negara dan pertubuhan antarabangsa untuk mewujudkan hak dan tanggungjawab undang-undang kepada pihak-pihak terlibat. Triti boleh menghasilkan prinsip undang-undang dan menguatkuasakan undang-undang tertentu di peringkat antarabangsa tetapi ia hanya mengikat pihak terlibat. Dalam amalan dunia moden, triti dilaksanakan dalam bentuk konvensyen yang disertai oleh negara tertentu dan kandungan undang-undang dirundingi dan dipersetujui secara bersama. Contohnya, Konvensyen Geneva, iaitu satu konvensyen yang memperuntukkan undang-undang bagi melindungi mangsa-mangsa perang.
12345678910...

Kembali ke atas