Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tua.la] | توالا

Definisi : 1. = ~ makan kain kecil utk member­sihkan tangan (mulut) selepas makan dll, serbet; 2. = ~ mandi sj kain tebal pengesat tubuh selepas mandi, anduk; ~ wanita sj cawat (yg lembut, boleh menyerap dan boleh dibuang) yg dipakai semasa datang haid atau nifas; bertuala 1. mempunyai atau ada tuala; 2. memakai tuala: ketika itu dia hanya ~ mandi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tua.la] | توالا

Definisi : kain yg dpt menyerap air (ber­bentuk empat segi dsb) yg digunakan utk mengelap badan dll: ~ mandi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tuala

Puisi
 

Papariala papariaman,
     Papariala di dalam peti;
Tinggal kampung tinggal halaman,
     Tinggal tuala pembalut hati.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
period povertykemiskinan haidKesihatan AwamTiadaSituasi golongan wanita yang tidak mampu memiliki tuala wanita disebabkan oleh masalah kewangan.
green touristpelancong hijauPelanconganTiadaPengunjung yang mengamalkan sikap yang baik terhadap alam sekitar seperti tidak menukar tuala mandi dengan kerap apabila menginap di hotel.
railsusurKesenianHiasan DalamanBahagian mendatar yang terdapat pada kerangka, panel tingkap atau pintu. Dalam pertukangan kayu, susur merujuk kepada sebarang anggota mendatar yang diikat menggunakan tanggam lubang puting atau dengan cara lain di antara atau di atas dua tiang yang menyebabkan pembentukan kerangka atau panel yang berikut: a. pagar, sama ada petak pengurungan dibentuk dengan hanya dua rel selari atau lebih untuk membolehkannya dipaku kepada anggota menegak atau tiang; b. koping pada selasar yang dikenali sebagai selusur tangan, yang terdapat pada tangga; c. bingkai pada panel, pintu, tingkap atau gambar dengan anggota mendatar dan menegak bingkai bertindak sebagai penerima panel; d. susur batu berbentuk besar dan berat, dipahat dengan hiasan yang teliti serta bertindak sebagai pagar upacara kepada lereng curam kuil Buddha purba; e. gegalang, iaitu bebatang mendatar yang digunakan sebagai alat gantung untuk tuala dan langsir; f. gelangsar, iaitu kekotak untuk meluncur atau menggelincir pintu atau pintu lipat gelangsar, sama ada dipasang secara gantung di sebelah atas atau dipasang di bawah pintu.

Kembali ke atas