pour point | takat tuang | Geologi | Tiada | 1. Suhu ujian terendah ketika cecair akan mengalir. 2. Suhu ketika aloi leburan dituang. |
isolator | pemencil | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | 1. Cagak terasing, seperti blok konkrit berat atau blok besi tuang yang digunakan untuk memencilkan mesin atau peralatan daripada getaran atau kejutan luar. Komponen ini biasanya dijadikan tapak mesin bersaiz besar seperti pam, pemampat dan turbin. 2. Alat yang menyerap atau menghalang getaran dan hingar daripada terpindah dari satu komponen ke komponen lain. Contoh alat ini ialah pegas, blok getah, logam lembut dan penyambung boleh lentur. |
ring | gelanggang; gelang) | Kejuruteraan | Tiada | 1. Anggota ikat atau paut rantai.,2. Bulatan lengkap yang dibentuk oleh besi tuang, konkrit pratuang dan sebagainya, biasanya sebagi lapikan terowong dan lubang.,3. Isyarat penyedar tak boleh dengar, pada talian telefon. |
pile shoe | kasut cerucuk | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Besi tuang bergred tinggi yang dipasangkan pada penghujung cerucuk bagi memudahkan penembusan ke strata tanah. Tepinya dicerunkan dengan kecerunan 1 : 8. |