Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tubuh;

Puisi
 

Tubuh lengkung gelegak lengkung,
     Tanam lada di busut tinggi;
Riuh sekampung gelak sekampung,
     Sementara ada saya di sini.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Sejiwa dua tubuh.

Bermaksud :

Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, d. Selauk senasi, e. Seperti dua senyawa, f. Setikar seketiduran).

 

Lihat selanjutnya...(21)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
skinny fatkurus berlemakMakanan dan PemakananTiadaKeadaan tubuh badan seseorang yang mempunyai berat badan dan indeks jisim tubuh (BMI) normal dengan ketinggiannya, tetapi mempunyai lebih banyak lemak dalam tubuh serta tidak mempunyai jisim otot mencukupi yang disyorkan untuk tahap kesihatan yang optimum.
proximodistalproksimodistalSains SukanBiomekanikKonsep yang merujuk kepada prinsip perkembangan motor manusia berdasarkan arah perkembangan dari bahagian tengah tubuh ke bahagian hujung tubuh. Contohnya, perkembangan pergerakan bayi yang bermula daripada otot-otot bahu dan lengan sebelum dapat mengendalikan jari-jemarinya.
intrusive searchpemeriksaan intrusifKriminologiTiadaPemeriksaan fizikal oleh polis terhadap suspek untuk memastikan tiada barang terlarang atau bahaya disorokkan di dalam tubuh atau rongga tubuh.
anatomyanatomiSains SukanBiomekanikCabang ilmu dalam bidang biologi yang mengkaji struktur tubuh dan kaitannya antara satu sama lain. Pendekatan anatomi digunakan dalam kajian biomekanik bagi menjelaskan struktur tubuh dan bahagian-bahagiannya serta bahagian-bahagian tubuh yang berpotensi untuk menghasilkan gerakan.
body languagebahasa tubuhSains KesihatanTiadaGerak tubuh dan mimik muka yang digunakan dalam komunikasi nonverbal.
adductionaduksiKejururawatanTiadaPergerakan anggota tubuh dekat dengan garis tengah tubuh.
abductionpengabdukan/ abduksiKejururawatanTiadaPergerakan anggota atau sebahagian tubuh jauh daripada garis tengah tubuh.
anatomyanatomiBiologiTiada1. Kajian tentang struktur tubuh organisma hidup, seperti yang dipelajari dengan membelahnya.,2. Organisasi bahagian tubuh dan perhubungan struktur antaranya.
trace elementsunsur surihSains KesihatanTiadaUnsur yang hadir dalam tubuh kurang daripada 0.01% jumlah berat tubuh.
cytokine stormlampau sitokinKesihatan AwamTiadaPenghasilan sitokin yang berlebihan, iaitu protein sistem kekebalan tubuh yang mengatur interaksi antara sel dan merangsang semula aktitiviti imun, akibat kehadiran virus dalam tubuh. Keadaan ini menyebabkan radang yang melemahkan pembuluh darah di paru-paru dan akhirnya menyebabkan masalah sistemik pada kebanyakan organ, dan seterusnya mengakibatkan kerosakan pada keseluruhan organ tubuh.
12345678910...

Kembali ke atas