seminiferous tubule | tubul seminiferus | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Tempat percambahan, pematangan dan pengangkutan sel sperma dalam testis. Tubul seminiferus terbina daripada sel Sertoli yang dikelilingi sel spermatogenik pada epithelium dalaman dan sel dasar luaran. |
spermatogenenesis | spermatogenenesis | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses perkembangan sel germa yang membentuk spermatozoa. Spermatogenesis berlaku di dalam tubul seminiferus di testis, bermula dengan pembahagian mitosis sel dasar spermatogonium. Seterusnya sel ini akan membentuk spermatosit, spermatid dan akhirnya spermatozoa. |
spermatocyte maturation | kematangan spermatosit | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses kematangan sel gamet jantan yang terhasil daripada spermatogonium dan berada di tubul seminiferus. Dalam spermatogenesis, proses kematangan spermatosit akan membentuk spermatid. |
antidiuretic hormone (ADH) | hormon antidiuretik (ADH) | Kejururawatan | Tiada | Hormon yang dihasilkan oleh kelenjar pituitari posterior yang berfungsi mengawal keseimbangan cecair badan dengan menggalakkan penyerapan semula cecair di tubul nefron. |