collision cross section | keratan rentas pelanggaran | Fizik | Tiada | Bilangan pelanggaran per unit isi padu per saat bagi satu unit fluks sinaran tuju atau diungkapkan sebagai: dengan n = bilangan zarah per cm² pada alur tuju, v = hala tuju zarah alut tuju, N = bilangan nukleus per cm² pada lapisan sasaran dan t = tebal lapisan sasaran. |
refracted wave | gelombang terbias | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Gelombang yang merambat dari suatu media ke suatu media yang lain dengan halaju dan arah yang berbeza dari gelombang tuju. Jika sudut tuju bukannya 90O gelombang akan terbias ke dalam media berikutnya. Kaitan antara sudut tuju, sudut pantulan, sudut bias dengan halaju gelombang adalah seperti yang berikut: sinθi/vi = sinθs/vs = sinθp/vp. Pantulan dan pembiasan gelombang pada sempadan dua media. |
scattering length | panjang penyerakan | Fizik | Nanoteknologi | Jarak garis serenjang dari pusat atom atau nukleus sasaran ke garis alur zarah atau nukleus tuju terdekat yang dapat dicapai dalam penyerakan. Jarak ini digunakan untuk menganalisis serakan suatu zarah atau nukleus tuju oleh atom atau nukleus tertentu. Panjang penyerakan ini juga dapat ditentukan bersamaan dengan jejari sfera yang berpusat pada nuklues atom sasaran yang tidak dapat ditembusi oleh zarah atau nukleus tuju. Contoh zarah tuju ialah elektron dan neutron, manakala contoh sinaran tuju ialah sinar-X, sinar gama dan sinar cahaya laser. |
angle of incidence | sudut tuju | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Sudut di antara gelombang tuju yang mengenai sesuatu permukaan dengan paksi normal. |
roadmap of green technology | hala tuju teknologi hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Pelan strategik pengembangan dan penggunaan produk, peralatan dan sistem. Hala tuju teknologi hijau adalah untuk memelihara persekitaran dan sumber semula jadi serta mampu mengurangkan kesan negatif akibat aktiviti manusia dan fenomena alam. |
Snell’s law | hukum Snell | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Formula yang menerangkan hubungan antara sudut tuju dan sudut bias apabila gelombang melepasi sempadan antara dua media yang berlainan seperti air, keluli dan aluminium. Formula hukum Snell boleh diterangkan seperti yang berikut: C1/sinθi = C2/sinθt = C1/sinθr, Dengan C1 ialah halaju gelombang tuju dalam media 1 dan C2 halaju gelombang biasan dalam media 2. Manakala θi, dan θr masing-masing ialah sudut tuju, sudut biasan, dan sudut balikan. Sinonim sudut biasan, sudut pantulan, sudut tuju. |
tunneling current | arus penerowongan | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Sejenis arus yang berlaku apabila nisbah ketumpatan arus melepasi sawar yang dibahagi dengan ketumpatan arus tuju tersebut yang bernilai bukan 0 (sawar ultranipis dan elektron yang mencukupi), maka elektron tersebut berjaya melepasi sawar. dengan Io = arus tuju, It = arus sawar, E = tenaga dan V = tenaga keupayaan. |
roadmap | peta hala tuju | Pentadbiran | Tiada | Suatu pelan atau strategi yang ingin dilaksanakan oleh individu, organisasi atau negara bagi mencapai matlamat yang khusus. |
desire line | garis tuju | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Garisan yang dilukis antara pasangan zon trafik yang menunjukkan trip antara zon-zon tersebut. Biasanya lebar garisan berpadanan dengan jumlah isi padu trafik berkenaan. |
approach road | jalan tuju | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Jalan menuju ke persimpangan atau persilangan. |