fund | dana | Ekonomi | Tiada | Stok wang yang disimpan untuk tujuan tertentu seperti untuk tujuan pembayaran pencen, menolong orang miskin, keperluan semasa kecemasan, dan tujuan awasan. |
barriers | penyekat | Kesenian | Hiasan Dalaman | Elemen yang diwujudkan sebagai penghalang bagi tujuan pembentukan ruang atau tujuan tertentu. |
medicinal purpose | tujuan ubatan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Sebarang kegunaan bahan untuk tujuan mengurangkan, merawat, menyembuhkan atau mencegah penyakit atau simptom penyakit, mendiagnosis penyakit atau menentukan kewujudan atau tahap keadaan fisiologi atau patologi, kontrasepsi, mengaruh anestesia, mengekalkan, mengubah suai, mencegah, memulihkan, atau mengganggu, fungsi fisiologi normal; mengawal berat badan; dan mengekalkan atau mempromosi kesihatan atau kesejahteraan umum. |
multipurpose travel | perjalanan pelbagai tujuan | Pelancongan | Tiada | Perjalanan yang mempunyai lebih daripada satu tujuan seperti menghadiri persidangan di samping membeli-belah dan melawat tempat menarik. |
reserve | rizab | insurans | Tiada | Dana yang diasingkan oleh syarikat insurans untuk tujuan menghadapi tanggungjawab apabila sampai masanya. Liabiliti yang diwujudkan untuk tujuan tertentu. |
final goods | barang akhir | Ekonomi | Tiada | Barang yang dikeluarkan untuk penggunaan unit ekonomi dengan tujuan mendapat utiliti atau kepuasan, bukan untuk tujuan mengeluarkan barang-barang lain. Misalnya, roti dan kereta, yang penggunaannya bertujuan untuk mendapatkan kepuasan. Lihat barang perantaran. |
ornate language | bahasa hias | Kesusasteraan | Puisi | Penggunaan bahasa dengan tujuan menonjolkan unsur dan nilai estetiknya. Bahasa kiasan ataupun bahasa metafora merupakan bahasa hias. Namun penggunaan bahasa dengan tujuan hias dalam sesebuah puisi itu seimbang dengan pemikiran yang hendak diungkapkan. |
corruption | rasuah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Penyalahgunaan kuasa yang dilakukan untuk tujuan kepentingan diri atau mendapatkan keuntungan, sama ada dalam bentuk kebendaan atau perkhidmatan. Tindakan ini termasuklah perbuatan memberikan habuan berbentuk kebendaan atau perkhidmatan kepada penerima dengan tujuan untuk mendapatkan manfaat atau kepentingan secara tidak adil. |
incantation | mantera | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Melayu tradisional yang longgar bentuknya dan tidak tetap panjangnya. Apabila diucapkan, mantera dipercayai dapat menimbulkan kuasa ghaib atau magis yang dimanfaatkan untuk tujuan pembomohan dan pensihiran. Mantera merupakan rumus suci Hindu yang mempunyai ungkapan mistik dan disampaikan kepada dewa. Mantera dikenali juga sebagai formula magis, jampi atau sihir. Mantera merupakan bentuk puisi terawal yang dicipta oleh manusia. Penghasilan mantera berupa gugus-gugus perkataan yang dipilih dan distrukturkan dengan tujuan asalnya untuk mempengaruhi dan mengawal makhluk asalnya untuk mempengaruhi dan mengawal makhluk ghaib dan alam. Mantera disebut juga sebagai ritual bahasa kerana membentuk sebahagian daripada ritual pembomohan dan pensihiran, manakala sebahagian lagi disebut ritual perlakuan. Dalam dunia Melayu, mantera dikenali sebagai jampi, serapah, tawar, sembur, cuca, puja dan seru. Setiap bentuk mantera disusun khusus untuk sesuatu tujuan. Oleh itu, terdapat beratus-ratus mantera di alam Melayu yang setiap satunya berbeza dan bergantung pada tujuannya. Contohnya, mantera untuk tujuan pemanis adalah seperti yang berikut: Kain peta limau manis, Mari kulipat di dalam talam, Bagai kain pakai manis, Seperti asam dengan garam. Istilah mantera berasal daripada bahasa Sanskrit mantara, manir atau mata yang bermaksud �rumus yang berentak� atau `chhandas yang mengisi bahagian hymns dalam kitab Vedas�. |
political crime | jenayah politik | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah atau pelanggaran undang-undang yang dilakukan oleh individu atau kumpulan untuk mencapai tujuan politik. Jenayah ini selalunya disasarkan kepada negara/kerajaan atau sistem politik. Contohnya, serangan siber yang dilakukan ke atas sistem komputer kerajaan dengan tujuan menggugat keupayaan pentadbiran negara. |