main peteri | main peteri | Kesenian | Drama dan Teater | Teater ritual yang dipersembahkan untuk pengubatan berkaitan dengan ‘angin’, dikenali juga sebagai main teri. Seni persembahan teater tradisi ini popular di Kelantan. Main peteri mengandungi unsur tarian, nyanyian, lakonan bercerita dan lawak jenaka yang menggunakan perantaraan watak Tuk Peteri dengan Tuk Minduk serta iringan panjak sebagai pemuzik. |
hichiriki | hichiriki | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis paip dengan rid berkembar. Hichiriki ialah paip berbentuk silinder yang mempunyai sembilan lubang jari dan dua lapisan rid. Alat muzik ini berasal dari Asia Tengah dan mempunyai hubung kait dengan alat berpelidah dari China yang dimainkan dalam orkestra gagaku. |
kenong | kenong | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Kenong diperbuat daripada gangsa dan berbentuk seperti periuk besar berbusut. Alat muzik ini diletakkan di dalam rangka kayu dan bahagian busutnya dipukul dengan pemukul kayu yang berbalut dengan tali tebal. Di Indonesia, kenong ditiunkan dalam skel slendro dan pelog, sementara di Malaysia, kenong ditiunkan dalam skel pentatonik. Alat muzik ini merupakan set lima atau lebih biji gong yang berfungsi sebagai alat penanda masa dalam ensembel muzik gamelan di Indonesia dan Malaysia. |
vina | vina | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis lut. Vina diperbuat daripada kayu dan badannya berbentuk bujur. Alat muzik ini berleher panjang dan berfret. Vina mempunyai tujuh utas tali yang dipasang pada badan dan leher. Sebiji labu pada hujung leher berfungsi sebagai penyokong alat muzik tersebut serta menguatkan bunyi. Talinya dipetik dengan jari. Vina yang terdapat di India Selatan menghasilkan melodi dan merupakan alat muzik utama dalam tradisi muzik klasik Karnatak. |
gabbang | gabbang | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Gabbang merupakan sejenis zailofon yang terdapat di seluruh Asia Tenggara dan di Afrika dalam pelbagai bentuk. Alat muzik ini terdiri daripada beberapa kepingan kayu yang ditiunkan dan diletakkan di atas kotak kayu berbentuk segi empat bujur. Kepingan kayu tersebut dipukul dengan sepasang pemukul kayu yang kadangkala berbalut. Gabbang dimainkan dalam ensembel untuk mengiringi tarian di Sabah seperti tarian daling-daling. Gabbang seakan-akan gambang yang dimainkan dalam ensembel gamelan di Semenanjung Malaysia dan Indonesia. Gabbang dikenali juga sebagai jatung utang di Sarawak. Lihat juga gambang, jatung utang. |
nokan | nokan | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis flut. Nokan diperbuat daripada tiub buluh yang berbentuk silinder dan mempunyai tujuh lubang jari. Alat muzik ini ditiup pada sisi dengan nafas yang kuat daripada mulut untuk menghasilkan kualiti bunyi yang nyaring dan tajam. No-kan menghasilkan pic tertentu dan mikroton. Alat muzik ini memainkan melodi dalam ensembel teater tradisional Jepun, iaitu teater noh dan kabuki. Pembuatan flut ini berhubung kait dengan flut ryuteki yang dimainkan dalam orkestra gagaku. |