cancellous bone | tulang kanselus | Sains Sukan | Biomekanik | Tulang berliang dan kurang tumpat yang terletak di bahagian dalam di hujung tulang panjang. Tulang kanselus dikenali juga sebagai tulang mapong atau tulang trabekular. |
long bone | tulang panjang | Sains Sukan | Biomekanik | Struktur tulang yang terdiri daripada bahagian batang (diafisis) dan dua bahagian hujung, yang dikenali sebagai epifisis. Tulang panjang merupakan tulang yang keras dan padat. Salah satu fungsi tulang ini adalah untuk menghasilkan sel darah merah melalui sumsum tulang. Tulang panjang terdapat pada anggota tubuh seperti tangan (ulna, humerus) dan kaki (femur, tibia). |
bone bed | lapisan tulang | Geografi | Tiada | Stratum endapan, biasanya lapisan tipis batu pasir, batu kapur, atau gravel, yang mengandung banyak serpihan tulang atau tulang fosil, dan sering kali juga mengandung tinggalan bahan organik yang lain, seperti sisik, gigi, dan koprolit. |
bone bed | lapisan tulang | Geologi | Tiada | Stratum endapan, biasanya lapisan tipis batu pasir, batu kapur, atau gravel, yang mengandung banyak serpihan tulang atau tulang fosil, dan sering kali juga mengandung tinggalan bahan organik yang lain, seperti sisik, gigi, dan koprolit. |
achondroplasia | akondroplasia | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Penyakit keturunan yang disebabkan oleh gangguan pembentukan tulang, penggantian rawan dengan tulang atau pembentukan tulang rawan yang terencat. Penyakit ini berlaku pada anggota tulang yang panjang dan pada tulang muka semasa perkembangan. Akondroplasia mengakibatkan anggota badan menjadi pendek dan muka menjadi kecil. |
cortical bone | tulang kortikal | Sains Sukan | Biomekanik | Lapisan luar tulang yang padat dan tumpat. Tulang kortikal dikenali juga sebagai tulang padat. |
bone atrophy | atrofi tulang | Sains Sukan | Biomekanik | Penurunan ketumpatan tulang akibat kehilangan kalsium yang menyebabkan tulang kurang tumpat, lemah dan mudah retak. Atrofi tulang boleh disebabkan proses penuaan dan gaya hidup yang kurang aktif. |
short bone | tulang pendek | Sains Sukan | Biomekanik | Struktur tulang yang berbentuk seperti kiub dan terdapat di bahagian pergelangan tangan dan kaki. Tulang ini tidak mempunyai rongga sumsum tetapi bahagian dalamnya terdiri daripada bahan berspan. Tulang pendek berfungsi dalam pelbagai pergerakan dan penyerapan hentakan kaki. |
zygoma | zigoma | Kejururawatan | Tiada | Tulang yang terletak di antara tulang fosa temporal dengan tulang fosa infratemporal. |
periosteum | periosteum | Sains Sukan | Biomekanik | Lapisan tisu penghubung yang menyelaputi permukaan luar tulang panjang dan menjadi tempat peletakan otot, tendon dan ligamen. Periosteum mengandungi osteoblas (sel pembentuk tulang), osteoklas (sel pemusnah tulang), gentian saraf, salur darah dan limfatik. Periosteum mempunyai banyak salur darah dan berfungsi terhadap pertumbuhan tulang secara melebar. Lihat juga tulang panjang. |