Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.lar] | تولر

Definisi : ; menular 1. membiak atau menjangkit (penyakit, benih penyakit): penyakit itu mudah ~; 2. ki merebak ke merata-rata tempat (sesuatu yg kurang baik), menjalar: apabila sikap acuh tak acuh ~ kpd seluruh masyarakat, apa-apa rancangan pun tidak akan men­dapat sambutan;menulari menular kpd, berjangkit kpd, menjangkiti: penyakit malaria yg ~ penduduk kawasan luar bandar masih belum dapat dihapuskan lagi; menularkan menjadikan menular, merebak­kan, menjangkitkan: ada antara kita yg secara sedar atau tidak sedar telah mena­nam­kan dan ~ keresahan sesama manusia; ketularan dihinggapi penyakit menular, kejangkitan; penularan perihal menular (menulari, menularkan): ~ krisis itu hanya berkisar antara beberapa orang anggota yg tertentu; penular agen (spt serangga dsb) yg menular­kan penyakit dsb: serangga itu berperanan sbg ~ penyakit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.lar] | تولر

Definisi : ; menular 1 berjangkit atau merebak (ttg penyakit atau benih penyakit): Penyakit anjing gila mudah ~. 2 ki merebak ke merata-rata (ttg sesuatu yg kurang baik). menulari berjangkit pd; menjangkiti: Penyakit taun yg ~ penduduk-penduduk di situ belum dpt dihapuskan lagi. menularkan menjadikan menular; menyebabkan berjangkit; menjangkitkan. ketularan kena penyakit menular. penularan perihal menular, menulari atau menu­larkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tular
Kata Terbitan : menular, menulari, menularkan, penularan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
virus epicenterpusat tular virusKesihatan AwamTiadaTitik utama sesuatu, biasanya keadaan yang sukar atau tidak menyenangkan berlaku seperti jangkitan penyakit berjangkit.
buzz marketingpemasaran hebohPerniagaanTiadaStrategi pemasaran yang berkesan dan cepat untuk memastikan sesuatu produk atau jenama tular dan menjadi tumpuan dengan memanfaatkan kuasa cakap mulut.

Kembali ke atas