Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.lén] | تولين

Definisi : (tulén) tidak bercampur (dgn yg lain), bukan tiruan, asli, sejati: anak Melayu ~; emas ~ emas yg sejati (bukan campuran); ketulenan perihal tulen, keaslian, kesejati­an: duit ialah sj mata wang yg dibuat drpd logam yg mempunyai timbangan dan ~ yg diakui oleh pihak pengeluarnya; penulenan 1. proses menulenkan sesuatu unsur: proses ~ silikon; 2. alat utk menceria­kan sesuatu spt air, udara, dll: milikilah ~ air percuma yg istimewa ini apabila anda mem-beli mana-mana mesin basuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.lén] | تولين

Definisi : /tulén/ tidak bercampur dgn yg lain; bukan tiruan; sejati; asli: Melayu ~; emas ~. menulenkan menjadikan tulen; memproses supaya tulen. ke­tulenan keadaan atau sifat tulen; kese­jatian. penulenan perihal atau perbuatan menulenkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tulen (adjektif)
Bersinonim dengan asli, jati, murni, ceria, asali;,
Kata Terbitan : ketulenan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ratio of herbal substance to genuine herbal preparation (DER genuine)nisbah bahan herba dalam sediaan herba tulenHerbaTiadaNisbah kuantiti bahan herba dalam kuantiti sediaan herba tulen yang terhasil dan diungkapkan sebagai (a - b) : 1. Angka (dinyatakan sebagai julat sebenar) di sebelah kiri menyatakan kuantiti relatif bahan herba sementara angka di sebelah kanan menyatakan kuantiti relatif sediaan herba tulen yang terhasil. Contohnya, julat 10 -15 kg bahan herba menghasilkan 1 kg sediaan herba tulen memberikan nisbah penyediaan herba dalam herba tulen 10 - 15 : 1.
pure riskrisiko tuleninsuransTiadaDalam keadaan risiko tulen, tidak terdapat kemungkinan untuk mendapat keuntungan. Risiko ini berbeza dengan risiko spekulatif.
reagent purityketulenan reagenKimiaKimia AnalisisPengelasan reagen berdasarkan ketulenannya. Reagen yang dilabel teknikal atau komersial biasanya tidak tulen. Gred ‘USP’ menandakan hanya reagen tersebut mematuhi keperluan United States Pharmacopoeia. Sebutan ‘CP’ menandakan reagen ini lebih tulen daripada reagen teknikal. Reagen yang ditanda ‘gred reagen’ atau ‘reagen teranalisis’ merupakan bahan-bahan tulen yang telah dianalisis untuk menentukan tahap ketulenannya. Sekumpulan reagen yang sangat tulen dinamakan reagen piawai primer. Reagen ini digunakan untuk menentukan kepekatan larutan dalam analisis volumetri atau tujuan lain yang ketulenan reagen itu penting.
pure indemnity (marine)indemniti tulen (marin)insuransTiadaIndemniti yang diperuntukkan oleh Akta Insurans Marin 1906 untuk polisi yang tidak diberi nilai. Contoh: dalam hal kerugian penuh kapal, indemniti tulen adalah nilai pasaran sebenar kapal.
synthetic oilminyak sintetikKejuruteraan AutomotifEnjinMinyak pelincir buatan yang lebih berkualiti berbanding minyak pelincir mineral tulen yang berasaskan petroleum. Minyak sintetik lebih tahan pada suhu yang tinggi dan kurang likat pada suhu yang rendah berbanding minyak mineral tulen.
accidental adulterationcampur palsu secara tidak sengajaHerbaTiadaPerlakuan tidak sengaja mencampurkan bahan mentah atau sediaan herba tulen dengan bahan pemalsu. Campur palsu disebabkan kecuaian semasa proses pengumpulan, pengeringan dan pembungkusan bahan mentah, serta semasa pengilangan sediaan herba. Bahan pemalsu ialah unsur tanah, bahagian tumbuhan yang tidak tulen dan rumpai. Campur palsu ini dikesan melalui pemeriksaan organoleptik, mikroskopi, analisis spektroskopi, kromatografi dan gravimetri.
pure endowmentendowmen tuleninsuransTiadaInsurans hayat yang membayar jumlah yang diinsuranskan jika insured masih hidup pada tarikh matang polisi tetapi tidak dibayar jika ia meninggal dunia di dalam tempoh polisi tersebut.
pure premiumpremium tuleninsuransTiadaAmaun yang diperlukan untuk membayar kerugian yang dilindungi insurans tanpa mengambil kira kos dan belanja penyelenggaraan.
pure tonenada tulenSains KesihatanTiadaBunyi yang mempunyai gelombang yang terbentuk sinosoid.
pure salvage (marine)salvaj tulen (marin)insuransTiadaUpah yang dibayar tanpa kaitan dengan kontrak insurans kepada pihak lain yang melibatkan diri dalam kejayaan operasi menyelamat nyawa dan harta di laut.
123456

Kembali ke atas