medicinal plant | tumbuh-tumbuhan berubat | Herba | Tiada | Tumbuh-tumbuhan liar atau tanaman ladang yang digunakan untuk tujuan perubatan. Contohnya, pegaga, patawali, serai wangi, mas cotek, tongkat ali dan pokok pulai. |
Cabomba sp. | Cabomba sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan tenggelam. Akar tumbuhan ini berada di dasar air. Tumbuh-tumbuhan ini mempunyai batang yang lembut, daun berbentuk jaringan halus yang tumbuh di sepanjang batang pokok dan mempunyai rongga udara yang membolehkan pokok ini tegak di dalam air. Bunga tumbuh-tumbuhan ini tumbuh di permukaan air, manakala daunnya berada di dalam air. Cabomba sp. popular sebagai tumbuhan dalam akuarium. Antara contoh Cabomba sp. ialah Cabomba aquatica, Cabomba caroliniana, Cabomba piauhyensis dan Cabomba palaeformis. |
Lindernia sp. | Lindernia sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul yang kebiasaannya tumbuh di kawasan paya. Tumbuh-tumbuhan ini dapat menyesuaikan diri untuk hidup tenggelam di dalam air. Salah satu jenis Lindernia sp. ialah Lindernia rotundifolia. |
Egeria sp. | Egeria sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan tenggelam yang menyerupai Hydrilla sp. Tumbuh-tumbuhan ini mempunyai daun bilah berbentuk lanseolat yang tersusun dalam pusingan 3 – 6 helai daun. Contoh Hydrilla sp. ialah Egeria densa dan Egeria najas. Daun Egeria densa mempunyai kelebaran sebanyak 0.3 – 0.4 cm, iaitu lebih lebar berbanding Egeria najas dengan kelebaran 0.1 – 0.2 cm. Egeria sp. boleh menyerap karbonat dalam air untuk proses fotosintesis. Egeria Sp. juga memerlukan cahaya dan nutrien yang tinggi. Lihat juga Hydrilla sp. |
Blyxa sp. | Blyxa sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan tenggelam yang tidak mempunyai batang. Tumbuh-tumbuhan ini mempunyai daun yang panjang berbentuk seperti pedang dan tersusun dalam bentuk roset. Jenis-jenis Blyxa sp. termasuklah Blyxa alternifolius, Blyxa aubertii dan Blyxa japonica. |
microscopic organism | organisma mikroskopik | Perikanan | Akuakultur | Haiwan atau tumbuh-tumbuhan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti zooplankton dan fitoplanton. Mikroskop diperlukan untuk melihat haiwan atau tumbuh-tumbuhan tersebut. |
Mayaca sp. | Mayaca sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan herba dalam kategori tumbuhan timbul. Mayaca sp. mempunyai batang yang rapuh dengan ketebalan 0.1 cm. Tumbuh-tumbuhan ini berdaun nipis dan bersusun secara berselang seli. Daun yang berada di dalam air berwarna hijau kekuningan dengan kepanjangan 0.8 – 1.2 cm dan selebar 0.1 cm. Antara jenis Mayaca sp. ialah Mayaca fluviatilis dan Mayaca sellowiana. |
botanical verification | penentusahan botani | Herba | Tiada | Kaedah yang digunakan untuk menentusahkan spesies tumbuh-tumbuhan berdasarkan maklumat nama binomial Latin yang terkini, sinonimnya, nama tempatan, bahagian tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk setiap sediaan serta arahan terperinci pengeluaran pertanian dan syarat pengumpulan berdasarkan Amalan Pertanian dan Pengumpulan Baik (GACP) sesebuah negara. |
Barclaya sp. | Barclaya sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan terapung yang melekat pada substrat. Barclaya sp. mempunyai daun berbentuk lanseolat dengan kedudukan seperti roset. Tumbuh-tumbuhan ini banyak terdapat di kawasan Asia Tropika, Thailand dan Myanmar. Jenis-jenis Barclaya sp. termasuklah Barclaya longifolia, Barclaya motleyi dan Barclaya rotundifolia. |
Bacopa sp. | Bacopa sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul yang tersebar luas dari kawasan tropika hingga ke kawasan subtropika. Tumbuh-tumbuhan ini merupakan jenis tumbuhan herba yang mempunyai daun-daun kecil di sepanjang pokoknya. Jenis-jenis Bacopa sp. termasuklah Bacopa caroliniana, Bacopa lanigera, Bacopa monniera dan Bacopa myriophylloides. |