Cabomba sp. | Cabomba sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan tenggelam. Akar tumbuhan ini berada di dasar air. Tumbuh-tumbuhan ini mempunyai batang yang lembut, daun berbentuk jaringan halus yang tumbuh di sepanjang batang pokok dan mempunyai rongga udara yang membolehkan pokok ini tegak di dalam air. Bunga tumbuh-tumbuhan ini tumbuh di permukaan air, manakala daunnya berada di dalam air. Cabomba sp. popular sebagai tumbuhan dalam akuarium. Antara contoh Cabomba sp. ialah Cabomba aquatica, Cabomba caroliniana, Cabomba piauhyensis dan Cabomba palaeformis. |
floating plant | tumbuhan terapung | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan air yang terapung di atas air. Tumbuhan terapung terbahagi kepada dua, iaitu tumbuhan terapung bebas dan tumbuhan terapung tak bebas. |
Bacopa sp. | Bacopa sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul yang tersebar luas dari kawasan tropika hingga ke kawasan subtropika. Tumbuh-tumbuhan ini merupakan jenis tumbuhan herba yang mempunyai daun-daun kecil di sepanjang pokoknya. Jenis-jenis Bacopa sp. termasuklah Bacopa caroliniana, Bacopa lanigera, Bacopa monniera dan Bacopa myriophylloides. |
Hygrophila sp. | Hygrophila sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul. Hygrophila sp. merupakan tumbuhan berbunga daripada famili Acanthaceae. Antara jenis Hygrophila sp. yang digunakan sebagai tumbuhan akuarium ialah Hygrophila corymbosa, Hygrophila difformis, Hygrophila lacustris dan Hygrophila polysperma. |
terrarium plant | tumbuhan terarium | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan darat yang hidup di kawasan lembap dan selalu digunakan sebagai tumbuhan hiasan dalam balang kaca. Tumbuhan terarium yang bersaiz kecil sesuai dijadikan tumbuhan hiasan. |
aquatic plant | tumbuhan akuatik | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan yang hidup di dalam air tawar atau di kawasan berair. Tumbuhan akuatik terbahagi kepada tiga kategori, iaitu tumbuhan timbul, tenggelam dan terapung. Contoh tumbuhan akuatik ialah teratai, telipuk dan kiambang. |
plant growth regulator | pengawal atur pertumbuhan tumbuhan | Perikanan | Akuakultur | Molekul yang mempengaruhi perkembangan tumbuh-tumbuhan. Kebiasaanya, pengawal atur pertumbuhan tumbuhan ini sangat aktif pada kepekatan yang sangat rendah. Terdapat dua jenis pengawal atur pertumbuhan tumbuhan, iaitu pengawal atur pertumbuhan tumbuhan semula jadi dan pengawal atur pertumbuhan tumbuhan sintetik. |
Cryptocoryne sp. | Cryptocoryne sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul. Cryptocoryne sp. ini terdapat di Malaysia dan tumbuh di kawasan paya, dalam sungai dan kawasan air terjun. Tumbuh-tumbuhan ini mempunyai tuber yang juga merupakan tempat tumbuhnya daun. Salah satu keistimewaan tumbuhan ini ialah bunganya berbentuk seperti trompet. Cryptocoryne sp. ini juga merupakan antara tumbuhan yang sering digunakan untuk menghias akuarium. Antara contoh Cryptocoryne sp. ialah Cryptocoryne affinis, Cryptocoryne albida, Cryptocoryne becketii, Cryptocoryne ciliata dan Cryptocoryne cordata. |
submerged plant | tumbuhan tenggelam | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan air yang tenggelam keseluruhannya kecuali bahagian bunga dan buah. Tumbuhan tenggelam ini tumbuh dari dasar kawasan berair. Keseluruhan tumbuh-tumbuhan ini tidak akan berada di luar air. Contoh tumbuhan tenggelam ialah Vallisneria sp., Cabomba sp. dan Aponogeton sp. |
Lilaeopsis sp. | Lilaeopsis sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul yang hidup di tebing sungai atau dalam air. Lilaeopsis sp. berasal dari Amerika Selatan, Australia dan New Zealand. Tumbuh-tumbuhan ini kelihatan seperti rumput yang bersaiz 3 – 6 cm panjang serta mempunyai hujung daun yang tajam. Antara Lilaeopsis sp. yang popular dijadikan tumbuhan akuarium ialah Lilaeopsis brasiliensis. |