Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.mit] | توميت

Definisi : 1. bahagian yg di belakang sekali drpd tapak kaki (di bawah buku lali); ~ bagai leng­kuas muda = ~ spt pauh dilarik = ~ telur burung tumit (perempuan) yg cantik; 2. bahagi­an drpd sesuatu yg menyerupai tumit: dia menghentakkan ~ sepatunya di lantai; cakap berdegar-degar, ~ di keting prb orang yg bercakap besar tetapi penakut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.mit] | توميت

Definisi : 1 bahagian tapak kaki yg di bela­kang sekali. 2 bahagian drpd sesuatu yg menyerupai tumit 1: ~ kasut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tumit

Puisi
 

Panjang rambut Siti Rumilah,
     Panjang melilit ke tumit kaki;
Intan jemara intan terserlah,
     Intan sebuku jantung hati.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
platform sandalsandal tebalFesyenTiadaSejenis kasut yang bertapak tebal iaitu antara 3 hingga 10 cm dengan pelbagai reka bentuk tumit kasut.
plantar fasciafasia plantarSains SukanBiomekanikSekumpulan jaringan tisu tebal, kuat dan padat yang menyelaputi sepanjang bahagian tapak kaki dan menghubungkan tulang jari kaki ke tulang tumit.
antigravity musclesotot antigravitiSains SukanBiomekanikOtot yang menentang daya graviti semasa postur badan dalam keadaan berdiri. Otot antigraviti berperanan dalam memastikan tubuh dalam keadaan tegak atau dalam keseimbangan postur. Contohnya, semasa dalam keadaan berdiri tegak, antara otot antigraviti yang terlibat ialah otot gastroknemius dan otot soleus (tumit), otot kuadriseps femoralis (paha) dan otot gluteus maksimus (pinggul).

Kembali ke atas