malignant | malignan | Kejururawatan | Tiada | Perihal tumor yang cenderung menjadi lebih teruk dan mengakibatkan maut. Tumor yang malignan dinamai kanser. Antara ciri tumor yang malignan ialah anaplasia, penyusupan tisu bertumor ke tisu yang bersebelahan dan metastasis. |
carcinoma | karsinoma | Herba | Fitoterapi | Tumor malignan yang bermula dari lapisan sel epitelium. |
malignant | malignan | Herba | Pemiawaian | Tumor yang merebak dan memusnahkan tisu di tapak pemula dan boleh merebak ke bahagian lain pada tubuh melalui saluran darah dan sistem limfatik. Herba yang dapat merawat malignan ialah ekstrak akar tongkat ali (Eurycoma longifolia) dan ekstrak daun kenerak (Goniothalamus umbrosus). Banding benigna. |
adenoma | adenoma | Kejururawatan | Tiada | Tumor benigna epitelium kelenjar. |
benign | benigna | Kejururawatan | Tiada | Berkaitan dengan tumor atau penyakit yang tidak malignan atau serius, tidak berulang-ulang dan tidak susah untuk pulih. |
benign | benigna | Herba | Pemiawaian | Berkaitan dengan ketumbuhan atau tumor dalam tisu tubuh yang cenderung membesar, tetapi tidak memudaratkan atau mengakibatkan kematian. Contohnya, ekstrak terpiawai goniotalamin daripada pokok kenerak (Goniothalamus umbrosus) digunakan untuk merawat benigna pada peringkat awal. Banding malignan. |
antineoplastic | antineoplastik | Herba | Tiada | Herba yang memusnahkan, merencat dan mencegah tumor. Contoh herba ini ialah bawang putih, lidah buaya, kemunting cina, kunyit, misai kucing, safron, kulit kayu pain dan biji flaks. |
antitumour | antitumor | Herba | Fitoterapi | Bahan yang mencegah atau merencatkan pertumbuhan tumor. |
antiproliferative | antiproliferatif | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang mencegah atau menghalang pertumbuhan tumor seperti malignan dalam persekitaran tisu tubuh. Contohnya, ekstrak daun kenerak (Goniothalamus umbrosus) yang bersifat antiproliferatif. |
carcinostatic | karsinostatik | Herba | Fitoterapi | Bahan yang berupaya mencegah atau menghalang pertumbuhan sel tumor yang malignan. |