catchment area | kawasan tadahan; kawasan tumpuan | Perpustakaan | Tiada | 1. Kawasan tumpuan: Dalam perancangan perpustakaan, satu kawasan yang ditandakan sebagai ruang perkhidmatan perpustakaan yang dijangka menjadi tumpuan para pengguna. |
point of focus | titik tumpuan | Komunikasi | Tiada | Tumpuan utama dalam sudut pandangan kamera atau pelakon. |
control place | pusat tumpuan | Landskap | Tiada | Tempat yang menjadi tumpuan utama aktiviti dalam sebuah taman dan digunakan sebagai titik kawalan dalam reka bentuk. |
point of view (drawing) | titik tumpuan (lukisan) | Kesenian | Tiada | Titik atau bahagian yang menjadi tumpuan pada lukisan. |
focal point | titik fokus; tumpuan utama | Kesenian | Tiada | 1. Bahagian yang paling menarik perhatian pemerhati.,2. Tumpuan utama yang diberikan khas semasa proses mengubah reka bentuk. |
market and route centre | pusat pasar dan tumpuan jalan | Geografi | Tiada | Kawasan pasaran yang menjadi tumpuan jual beli dan juga pertemuan sistem pengangkutan. |
focal point landscape | landskap tumpuan perhatian | Landskap | Tiada | Bahagian taman yang direka bentuk khas dengan ciri-c iri yang menonjol. Contohnya, pemandangan dalam satu ruang taman yang direka bentuk dengan ciri-ciri menarik seperti arca dan mercu tanda yang menjadi tumpuan dalam taman tersebut. |
meditation | meditasi | Psikologi | Psikologi Umum | Senaman mental yang digunakan untuk meningkatkan kesedaran individu. Meditasi diperoleh melalui satu siri latihan tumpuan yang boleh meningkatkan kesedaran dan mengawal proses mental supaya pengaliran fikiran tidak mudah terganggu. Semasa proses meditasi, rakaman elektroensefalogram (EEG) menunjukkan wujudnya pola gelombang yang unik tentang kesedaran. Terdapat dua jenis meditasi, iaitu meditasi tumpuan dan meditasi reseptif. Individu yang mengamalkan meditasi tumpuan akan memfokus kepada satu titik seperti objek, pemikiran atau pernafasan. Sebaliknya individu yang mengamal meditasi reseptif meluaskan lapangan pandangan melebihi satu titik dengan melebarkan mindanya ke alam yang lebih luas. Meditasi tumpuan didapati lebih berpengaruh dan biasanya diiringi dengan mantera yang disebut berulang kali secara beritma dan lancar. Meditasi berkesan dalam merendahkan kadar degupan jantung, tekanan darah dan meredakan ketegangan otot. |
urban design | reka bentuk bandar | Kesenian | Seni Bina | Proses merancang dan mereka bentuk bandar dan wilayah yang memberikan tumpuan terhadap aspek-aspek fungsi dan estetika alam bina sesebuah bandar. Tumpuan perancangan termasuklah perkara yang berkaitan dengan seni bina bangunan sekeliling, keadaan persekitaran, kehidupan sosial dan ekonomi kawasan setempat. Hal ini perlu dilakukan bagi menghasilkan bandar yang berfungsi, menarik dan mempunyai identiti yang tersendiri. |
equatorial trough | palung khatulistiwa | Sains | Hidrometeorologi | Palung tekanan rendah yang dangkal, umumnya berada di khatulistiwa dan sekitarnya, dan menandakan zon tumpuan udara yang bergerak ke khatulistiwa dan sekitarnya, dan menandakan zon tumpuan udara yang bergerak ke khatulistiwa dari antisiklon subtropika salah satu hemisfera. Palung khatulistiwa di atas lautan berada di dalam jalur doldrum dan bergerak ke utara dan selatan mengikut arah matahari dengan masa susul selama satu atau dua bulan. Akan tetapi, palung ini tidak merupakan corak tetap carta sinoptik di semua longitud pada semua masa sepanjang tahun; khususnya, palung ini biasanya tidak wujud di kawasan daratan di hemisfera utara musim panas. |