Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.nai] | توناي

Definisi : 1. tidak bertangguh, tidak mengansur, tidak berhutang (bayaran dll), kontan; ~ runcit sejumlah wang yg disimpan di pejabat dsb, yg sedia digunakan utk beberapa perbelanjaan kecil apabila diperlukan; membayar ~ mem­bayar dgn wang pd ketika itu juga (tidak ber­hutang dll); wang ~ wang yg dapat digunakan dgn segera; 2. tidak bertangguh (dlm menger­jakan sesuatu), pd ketika itu juga: sahaja aku sembahyang fardu zuhur empat rakaat ~ kerana Allah taala; menunaikan 1. membayar dgn tunai (tidak mengansur atau berhutang), menjelaskan (dgn tunai), mengontan: ~ hutang; 2. mengerjakan tugas (kewajiban dll), melaksanakan (perintah dll), mengamalkan (ajaran dll): manusia wajib ~ apa yg diperintahkan oleh Allah dan menjauhkan apa yg dilarang-Nya; ~ rukun Islam mengerjakan rukun Islam; ~ tugas (kewajiban) menjalankan tugas (kewajiban); 3. memenuhi (janji, hajat, permintaan, dll): Yusof juga berucap pd majlis tersebut sbg ~ per­mintaan Pegawai Daerah; ~ ajaran (perin­tah, pesanan) mengerjakan ajaran (perin­tah, pesanan); ~ cita-cita berusaha men­capaikan cita-cita; 4. menukarkan sesuatu (cek, kiriman wang dsb) dgn wang tunai: kami tidak dapat ~ cek di bank pd hari itu disebabkan kerosakan sistem komputer; tertunai (sudah) ditunaikan, dilaksanakan, dikerjakan, dipenuhi (janji, kewajiban, dll); penunaian perihal menunaikan, pelaksana-an, pengamalan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.nai] | توناي

Definisi : 1 tidak bertangguh (ttg bayar­an); tidak berhutang: mem­bayar ~ membayar pd ketika itu juga; wang ~ wang yg dpt di­gunakan dgn segera (wang kertas atau syiling). 2 pd ketika itu juga; tidak bertangguh (melakukan se­suatu): Sahaja aku sembahyang fardu maghrib, tiga rakaat, ~ kerana Allah Taala. ~ runcit sejumlah wang yg disimpan di pejabat dsb, yg sedia digunakan apabila perlu, utk perbelanjaan kecil atau yg sedikit. menunaikan 1 membayar semasa itu juga; membayar tunai. 2 menjalankan sesuatu tugas atau janji; mengamalkan ajaran, perintah dll: Ia sudah ~ rukun Islam yg kelima. 3 menukarkan cek, kiriman wang dsb dgn wang tunai: Mereka ke bank utk ~ cek yg diterima itu. penunaian perbuatan atau hal me­nunaikan; pelaksanaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunai
Kata Terbitan : menunaikan,

Puisi
 

Hendak mangkuk kuberi mangkuk,
     Hendak serunai kuberi serunai;
Hendak masuk kuberi masuk,
     Aku bayar wang tunai.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
current assetaset semasaEkonomiTiadaWang tunai dan aset yang mudah ditukarkan kepada tunai. Misalnya, wang tunai dalam tangan, akaun belum terima, inventori, dan sekuriti boleh pasar.
cash flowaliran tunaiEkonomiTiadaJumlah tunai yang diperoleh oleh syarikat dalam jangka masa tertentu yang boleh digunakan untuk pelaburan semula. Aliran tunai dikira daripada akaun pembayaran dan akaun penerimaan syarikat, dan nilai akaun ini menggambarkan keteguhan kedudukan kewangan syarikat tersebut. Aliran tunai bersih didapati dengan menolak cukai dan peruntukan susut nilai daripada jumlah aliran tunai.
cash recycling machine (CRM)mesin kitar semula tunaiPerbankanTiadaMesin dwifungsi yang menggabungkan perkhidmatan pengeluaran dan deposit tunai. Mesin ini akan memudahkan para pelanggan untuk membuat transaksi perbankan seperti deposit tunai, pemindahan dana dan pengeluaran tunai dengan lebih mudah.
doorstep bankingperbankan depan pintuPerbankanTiadaKemudahan yang disediakan oleh pihak bank kepada pelanggan untuk melakukan aktiviti perbankan seperti pembukaan akaun, deposit tunai, pengeluaran tunai dan deposit cek tanpa perlu mengunjungi cawangan bank.
discountdiskaunEkonomiTiada1. Potongan ke atas harga barang yang dibeli secara tunai. Harga barang tersebut adalah lebih rendah berbanding dengan harga yang dibayar secara ansuran. Diskaun menggalakkan pembelian secara tunai. Sinonim diskaun tunai. 2. Perbezaan antara harga pembelian saham atau aset kewangan yang lebih rendah daripada nilai mukanya. Diskaun ini bergantung pada tempoh matang belum habis dan risiko yang terlibat dengan pemegangan aset tersebut.
minimum cash valuenilai tunai minimuminsuransTiadaNilai tunai terendah yang ditetapkan oleh undang-undang.
net cash flowaliran tunai bersihEkonomiTiadaLihat aliran tunai.
cash surrender valuenilai serah tunaiinsuransTiadaJumlah wang tunai yang harus dibayar kepada insured yang menyerahkan insurans hayatnya. Serahan menyebabkan tamatnya semua faedah insurans.
liquidity squeezekekangan mudah tunaiEkonomiTiadaKeadaan kewangan yang membimbangkan apabila bank atau institusi kewangan tidak mempunyai aliran tunai yang mencukupi.
cash refund annuityanuiti bayar balik tunaiinsuransTiadaAnuiti yang jika anuitan mati sebelum menerima jumlah bayaran anuiti yang bersamaan dengan premium yang telah dibayar, maka warisnya akan menerima sebarang perbezaan tersebut dalam bentuk tunai semasa kematian anuitan.
1234567

Kembali ke atas