Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.nas] | تونس

Definisi : bahagian tumbuhan yg mulai tumbuh (pd batang, dahan yg diparas, dll), bakal cabang (dahan, ranting), kecambah, taruk; ~ baka tunas yg menjadi baka bagi sesuatu pokok yg dicantumkan; ~ celah = ~ ketiak tunas yg letaknya di antara daun dgn dahan (ranting dll); ~ hujung = ~ pucuk tunas yg terdapat pd bahagian hujung ranting; ~ padi batang padi yg tumbuh sesudah dituai; ~ rasa (Bio) sel di permukaan lidah yg membolehkan seseorang dapat mengetahui rasa makanan atau minuman, spt rasa pahit, masin, manis atau masam; ~ sulung tunas yg mula-mula sekali bercambah pd biji; tidak berasak ~ dr tunggul prb pangkat dll yg diwarisi oleh anak atau keluarga sendiri (di situ-situ juga); bertunas 1. tumbuh tunasnya (pokok dll): kacang soya yg ~ atau bercambah itu banyak mengandungi kalsium; 2. ki mem-punyai anak cucu, menurunkan zuriat, ber-keturunan; 3. ki tumbuh atau timbul, hidup, muncul, terbit: dlm tahun dua dan tiga puluhan, kesedaran kebangsaan mula ~; baru hendak ~ sudah dipetik, lama-lama matilah pokoknya prb baru sedikit mendapat keuntungan sudah memboros-boros; menunas 1. cambah atau timbul sbg tunas (tumbuh-tumbuhan); 2. = menunasi membuang (memangkas, memotong) tunas; menunaskan menjadikan bertunas, menim-bulkan, menerbitkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.nas] | تونس

Definisi : , = mata ~ bahagian tumbuh-tumbuhan yg baru tumbuh pd batang (dahan yg diparas dll); bakal dahan atau bakal ranting yg baru tumbuh. ~ baka tunas yg menjadi baka bagi sesuatu pokok yg dicantumkan. ~ celah (ketiak) tunas yg tumbuh di antara daun dgn dahan atau di antara daun dgn ranting. ~ hujung (pucuk) tunas yg terdapat di hujung ranting atau di hujung dahan. ~ padi batang padi yg tumbuh sesudah padi dituai. ~ rasa bintil-bintil pd lidah yg memungkinkan kita merasa sesuatu (manis, masin dll). ~ sulung tunas yg mula-mula sekali tumbuh dr biji. ber­tunas 1 mempunyai tunas; baru tumbuh tunasnya. 2 ki mempunyai keturunan; me­nurunkan baka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunas (kata nama)
Bersinonim dengan pucuk, taruk, kecambah, sulur, mata, putih, kudup, bakal cabang, semi;,
Kata Terbitan : bertunas,

Peribahasa

Apabila tumbuh-nyiur itu patah,
     tumbuh-nyiur juga akan gantinya.

Bermaksud :

Ganti yang hilang mestilah yang sama pula. tumbuh-nyiur = tunas bibit kelapa.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bulbilbulbilHerbaTiada1. Tunas aksil berisi yang menghasilkan tumbuhan baharu selepas luruh. Contohnya, setawar (Bryophyllum pinnatum). 2. Sebarang organ tunas yang berbentuk bebawang. 3. Bebawang sekunder yang dihasilkan pada bahagian aerial tumbuhan. Contohnya, buah naga (Hylocereus undatus).
bud patchkepingan mata tunasPertanianTiadaTiada
bud garftingcantum mata tunasPenilaian Harta TanahTiadaTiada
bamboo shootrebung buluhBuluhTiadaTunas muda yang terhasil daripada rimpang buluh.
bulbbebawangHerbaTiadaOrgan pembiakan vegetatif yang merupakan tunas bawah tanah, terdiri daripada batang globos yang sangat pendek dan dikelilingi beberapa lapis kelopak daun tebal yang berisi makanan simpanan. Bebawang kering atau segar dalam bentuk keseluruhan, dimayang, dikisar atau diserbukkan, biasanya digunakan sebagai bahan mentah herba. Contohnya, bawang putih dan bawang merah.
rhizomerimpangBuluhTiadaBahagian batang yang tumbuh di bawah permukaan tanah, dan akan membentuk ruas, buku dan mata tunas. Bahagian ini merupakan tempat simpanan makanan yang dihasilkan oleh buluh dan boleh tumbuh semula untuk menghasilkan tumbuhan baru. Rimpang juga boleh digunakan sebagai bahan pembiakan buluh.
chemoreceptorkemoreseptorKejururawatanTiadaKumpulan sel yang bertindak balas terhadap kehadiran sebatian kimia tertentu dengan mencetuskan impuls pada saraf deria. Kemoreseptor terdapat pada tunas rasa dan dalam membran mukosa hidung.

Kembali ke atas