Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tun.da] | توندا

Definisi : sesuatu yg ditarik dgn tali di belakang perahu; kail ~ kail yg ditarik di belakang perahu; pukat ~ pukat yg ditarik di belakang bot dll; sampan ~ sampan yg berisi muatan (ditarik oleh kapal yg kecil-kecil); tali ~ tali utk menarik pukat (sampan dll); bertunda 1. sedang menarik sampan tunda (kapal, sekoci, dll); 2. ki berikut-ikut, ber­turut-turut: beberapa kali orang melihat Lajim balik bersaingan dan ~ dgn Saodah; bertunda-tunda 1. sl berduyun-duyun dgn banyaknya, berbondong-bondong: rakyat ~ menuju ke padang tempat orang berperang itu; 2. ki berjalan dll berikut-ikut (berturut-turut): anjing itu berlari-lari dan di belakang­nya ~ anaknya; menunda 1. menarik sampan dll dgn tali: sebentar kemudian dgn ~ perahu si Tenggang, mereka pun berkayuh balik ke pantai; 2. ki mengikut dr belakang, mengikut, mengiringi: orang tua itu sedang mengingat peristiwa kematian isterinya yg ditunda dgn kematian anak-anaknya; Pak Sudin masuk ke dlm bilik hadapan dan Yusof ~nya dr belakang; penundaan perihal (perbuatan atau kerja) menunda: ~ kereta yg rosak di lebuh raya itu telah diswastakan kpd sebuah syarikat tempatan; penunda sesuatu yg digunakan utk menunda (menarik); kapal ~ kapal penarik (sampan dll); ~ kereta orang yg kerjanya menunda kereta yg rosak atau remuk akibat kema­langan; tali ~ tali utk menarik sampan dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tun.da] | توندا

Definisi : bp tangguh; menunda menghentikan dan meneruskan kemudiannya, mengundurkan waktu, menang-guhkan (pelaksanaan dll sesuatu): mulanya sukan itu hendak diadakan pd bulan Ogos, kemudian ditunda kpd bulan Disember; menunda-nunda selalu menunda, menang­guh-nangguhkan waktu, memperlama; tertunda 1. ditangguhkan, ditunda; 2. sengaja dilambat-lambatkan; penundaan perihal menunda, penangguhan: kepulanganmu cuma bererti ~ waktu, janji memang telah sampai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tun.da] | توندا

Definisi : Mn tolak dr belakang, sorong; bertunda 1. berlepas, bertolak; 2. berpan­jangan melakukan sesuatu, berlama-lama; ~ berkelahi berkelahi berlama-lama; bertunda-tunda berlama-lama, ber­panjang-an; ~ banyaknya sangat banyak; ~ berbicara lama berbicara; menunda, menundakan 1. menolak atau menolakkan, mendorong, menyorong; ~ pedati menolak pedati; 2. ki meminta supaya melakukan (mengadakan dll) sesuatu, men-desak: dgn mengumumkan parti politik yg baru, kita dapat ~ pemerintah mengambil suatu keputusan; tunda-menunda saling menunda (tolak-menolak): ombak bergulungan ~; tundaan hasil perbuatan menunda, tolakan: agak cepat juga gerak ~ itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tun.da] | توندا

Definisi : ; menunda menghentikan buat sementara waktu dan di­langsungkan pd waktu lain; menangguhkan: Penge­rusi kumpulan itu telah ~ mesyuarat ke minggu hadapan. tertunda terhenti; di­­tangguhkan. penundaan per­buatan atau hal menunda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tun.da] | توندا

Definisi : ; kail ~ kail yg ditarik di bela­kang perahu. pukat ~ pukat yg ditarik di belakang perahu dll. sampan ~ sampan yg berisi muatan dan ditarik oleh kapal kecil. bertunda sedang menarik sampan tunda. menunda 1 menarik sampan dll dgn tali dsb. 2 ki berjalan dll berikut-ikut atau berturut-turut; mengikut di belakang. penundaan perbuatan menunda. penunda sesuatu yg digunakan utk menunda; penarik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunda
Kata Terbitan : bertunda-tunda, menunda,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
otter trawlpukat tunda berpapanSains MarinTiadaPukat tunda yang bukaan mendatarnya dikekalkan oleh papan tunda. Pukat tunda berpapan mempunyai badan berbentuk kon yang biasanya terdiri daripada empat panel dengan satu keroncong pada hujungnya. Bukaan mendatar mulut pukat dikekalkan dengan adanya papan tunda pada kiri dan kanan pukat sementara bukaan menegak dikekalkan dengan adanya pelampung pada bahagian atas dan pemberat pada bahagian bawah bukaan mulut pukat tersebut.
beam trawlpukat tunda galangSains MarinTiadaSejenis pukat tunda yang mempunyai galang bagi mengekalkan pukat dalam keadaan terbuka dan berbentuk kon dengan satu keroncong pada hujungnya. Bukaan mendatar pada mulut pukat dikekalkan dengan adanya galang melintang sementara bukaan menegak dikekalkan dengan adanya dua gelung logam di kiri dan kanan mulut pukat tersebut. Galang dibuat daripada kayu atau logam dan panjangnya mencapai sehingga 12 m.
bandwagon effectkesan sampan tundaSains PolitikPolitik PerbandinganSuatu perkara yang menjadi ikutan orang ramai ekoran daripada kepercayaan bahawa perkara tersebut akan menjadi lebih serius, berjaya dan berpengaruh. Ikutan tersebut tidak terbentuk melalui penyelidikan yang bersandarkan kepada merit, keperluan atau kepentingan tertentu, tetapi kesan ini timbul hasil daripada konstruksi yang dilakukan oleh alat-alat sosial seperti media, pengiklanan atau kempen. Konstruksi tersebut berjaya membentuk satu kesan sampan tunda yang akhirnya menjadi ikutan orang ramai. Dalam konteks politik, kesan ini boleh diperhatikan semasa pilihan raya apabila pengundi memilih seseorang calon atau parti disebabkan oleh peranan media yang menyatakan bahawa calon atau parti tersebut mempunyai peluang yang cerah untuk menang dengan menonjolkan faktor-faktor tertentu seperti personaliti dan rekod pentadbiran yang baik.
sweep delaytunda sapuanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKawalan litar elektronik pada alat ultrasonik gema denyut yang berfungsi untuk melaraskan pergerakan isyarat gema pada paksi mendatar. Pelarasan perlu dilakukan bagi tujuan tentukuran untuk membolehkan isyarat gema bergerak dari satu posisi ke satu posisi yang lain di atas skrin alat ultrasonik.
towingmenunda; tunda (sukan air)PendidikanTiadaTiada
towingmenunda; tunda (sukan air)PerikananTiadaTiada
towingmenunda; tunda (sukan air)SukanTiadaTiada
towing lightsuar tundaPerikananTiadaTiada
trash fishikan bajaPerikananAkuakulturHasil sampingan tangkapan ikan, khususnya daripada aktiviti pukat tunda. Ikan baja terdiri daripada ikan juvenil, ikan yang tidak bernilai komersial dan ikan yang bernilai komersial tetapi belum cukup besar untuk dijual. Ikan baja juga boleh dijadikan sebagai makanan ikan sangkar atau diproses sebagai tepung ikan.
isobathisobatSains MarinTiadaGarisan pada graf, plot atau peta yang menghubungkan tempat yang mempunyai kedalaman yang sama. Isobat menunjukkan kedalaman laut, iaitu garisan pada peta lautan yang bersambung dengan titik-titik pada kedalaman yang sama. Garisan ini penting terutamanya dalam mengendalikan aktiviti perikanan yang menggunakan pukat tunda, rawai atau bubu. Contohnya, semasa pengendalian pukat tunda, garisan ini menentukan kepanjangan tali tunda yang diperlukan.
12

Kembali ke atas