single wall single image technique | teknik dinding tunggal imej tunggal | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Teknik dedahan radiografi yang menggunakan sinaran pengion serta menembusi satu lapisan dinding dan menghasilkan satu imej atas filem radiografi. Teknik ini lazimnya digunakan dalam pengujian ke atas plat atau paip yang berdiameter besar. |
single electron tunneling | penerowongan elektron tunggal | Fizik | Nanoteknologi | Fenomena yang berlaku dalam sistem mekanik kuantum apabila elektron tunggal dapat melintasi kawasan tenaga terlarang disebabkan oleh sifat bak gelombangnya. Fenomena ini dapat dicerap apabila satu lapisan bahan penebat yang amat tipis, berketebalan beberapa nanometer, diapit oleh dua bahan konduktor. Fenomena ini digunakan dalam pembuatan transistor elektron tunggal. |
single electron transistor (SET) | transistor elektron tunggal (SET) | Fizik | Nanoteknologi | Keadaan transistor yang dimensinya dalam julat nanometer menyebabkan transistor ini peka terhadap pengangkutan elektron tunggal. Transistor ini terdiri daripada dua elektrod sumber dan salir yang terpisah oleh satu pulau yang bertindak sebagai terowong. Pulau ini biasanya diperbuat daripada bintik kuantum atau nanotiub karbon. Aras tenaga elektron dalam pulau dapat ditala menggunakan elektrod ketiga, iaitu lawang. Sekiranya lawang dibekalkan dengan voltan positif, aras tenaga bintik kuantum akan turun. Hanya satu elektron tunggal daripada sumber dapat menerowong ke dalam pulau tersebut untuk mengisi aras tenaganya yang kosong dan seterusnya elektron akan menerowong ke bahagian salir. |
single-nanoparticle electronic device | peranti elektronik nanozarah tunggal | Fizik | Nanoteknologi | Alat elektronik yang difabrikasi dengan menyusun blok nanozarah hablur tunggal silikon. Nanozarah silikon ini berdiameter antara 20 nm - 80 nm, berbentuk kubus dan berorientasi tinggi. |
single failure criterion | kriteria kegagalan tunggal | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Kriteria sesuatu sistem yang digunakan bagi memastikan sistem tersebut mampu melaksanakan fungsinya walaupun dengan sebarang kegagalan tunggal. |
composite rate | kadar komposit | insurans | Tiada | Kadar tunggal yang menggunakan satu asas sahaja bagi pengiraan premium, seperti gaji atau hasil jualan. Bagi kadar tunggal ini, insured dilindungi daripada berbagai bahaya yang berkaitan dengan Premis dan Operasi, Operasi Dempurna, Liabiliti Keluaran dan Automobil. Tujuan utama ialah untuk memudahkan pengiraan premium polisi tersebut. |
seed crystal | hablur benih | Fizik | Nanoteknologi | Cebisan kecil bahan hablur tunggal yang digunakan untuk menumbuhkan hablur bahan yang sama. Hablur besar dapat ditumbuhkan dengan merendam cebisan ini dalam suatu larutan lebur supertepu yang kemudiannya disejukkan secara perlahan. Hablur ini juga dapat dihasilkan secara melalukan wap bahan yang hendak ditumbuhkan ke atas permukaan benih tersebut. Contohnya, hablur benih digunakan untuk menumbuhkan jongkong hablur tunggal silikon dalam industri semikonduktor yang menggunakan kaedah seperti proses Czochralski atau teknik Bridgeman. |
single premium | premium tunggal | insurans | Tiada | Premium yang bersamaan nilai kini tuntutan masa hadapan sebagaimana yang ditetapkan dalam polisi. |
single chain | rantaian tunggal | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | - |
single spread | lembar tunggal | - | Tiada | Hamparan satu halaman penuh dari atas ke bawah dan dari kiri ke kanan yang dilihat bersama-sama apabila buku atau majalah dibuka. |