Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; akar ~ akar yg tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah (utk menguatkan pendirian pokok); bertunjang 1. ada akar tunjangnya (tumbuh-tumbuhan); 2. ki berpegang teguh (pd), berasas (pd), bersandar (pd): ajaran mereka itu tidak ~ pd agama, tidak bersandar pd logik; ~ kayu ara, ~ pula mali-mali prb orang hina dan miskin hendak menyerupai orang mulia dan kaya; bertunjangkan ki berasaskan, berdasarkan, bersandarkan: Hassan Ali akan mewakili generasinya dlm bidang penulisan cerita-cerita pendek lucu dan menyindir yg ~ jiwa orang Melayu; kenyataan ini ~ fakta bahawa bahasa baku adalah ragam yg dihubungkan dgn suasana rasmi dan formal; menunjang 1. menyokong (menopang, menongkat, dll) supaya jangan rebah atau runtuh; 2. = menunjangi memberi sokongan dsb, menolong menjadikan (lebih) kukuh (berkesan, berpengaruh, dll), membantu: se-masa aku sekolah, mamakku turut ~ belan­ja­ku itu dgn wang; dunia kesusasteraan masa kini masih dikuasai dan ditunjangi oleh golongan penulis veteran yg telah lama berkarya; tunjang-menunjang saling bantu-membantu: saling bertukar pengalaman, pandangan, dan pendapat serta ~ dlm setiap gerakan dan kegiatan sasterawan; tunjangan bantuan (berupa wang dll) yg diberikan, pertolongan, sokongan: kaum penganggur di sini mendapat ~; penunjang 1. orang yg memberi tunjangan (bantuan dll), penyokong; 2. orang yg menyokong sesuatu pihak (dlm perlawanan bola sepak dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tunjang
Kata Terbitan : bertunjangkan, menunjang, tunjangan, penunjang,

Puisi
 

Tetak belimbing condong ke dapur,
     Tetak tunjang dari dahan;
Minta sirih dengannya kapur,
     Minta sekali dengan tuan-tuan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Malang celaka Raja Genggang,
     tuak terbeli tunjang hilang.

Bermaksud :

Nasib yang malang, waktu maksud yang kedua diperoleh, barang yang sudah di tangan pula hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tuak terbeli, tunjang hilang). tuak = nira yang diberi beragi; tunjang = kaki.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
activation leveltahap pengaktifanSains SukanBiomekanikTahap aktiviti neuron dalam sistem saraf pusat di saraf tunjang yang memulakan proses penghasilan pergerakan. Pada tahap ini, bahagian dorsal (belakang) saraf tunjang akan memulakan mekanisme pemprosesan saraf, manakala bahagian ventral (hadapan) saraf tunjang mencetuskan output lakuan.
root chordtopang tunjangKejuruteraan Kapal TerbangTiadaPenyangga sayap yang bersambung dengan fiuslaj kapal terbang.
character�s spinetunjang watakKesusasteraanTiadaVisi dan misi watak yang mendasari tema drama. Salah satu kaedah pengarah dan pelakon menginterpretasi peranan watak.
corticospinal tracttrek kortikospinaSains SukanBiomekanikLaluan saraf yang menghubungkan korteks serebrum dengan saraf tunjang. Sinonim laluan motor ekstrapiramida.
alpha motor neuronneuron motor alfaSains SukanBiomekanikSejenis neuron motor yang terdapat di saraf tunjang yang berfungsi menghubungkan sistem saraf pusat dengan otot ekstrafusal.
beta motor neuronneuron motor betaSains SukanBiomekanikSejenis neuron motor yang terdapat di saraf tunjang. Neuron ini berfungsi menghubungkan sistem saraf pusat dengan otot intrafusal.
peripheral nervous systemsistem saraf periferiSains SukanBiomekanikSistem saraf yang tidak melibatkan otak dan saraf tunjang.
alpha-gamma coactivationkoaktifan alfa gamaSains SukanBiomekanikPengaktifan neuron motor alfa dan neuron motor gama yang berlaku secara seiring pada saraf tunjang.
nervous systemsistem sarafSains SukanBiomekanikSistem yang terdiri daripada sel saraf yang membolehkan penyelarasan maklumat dari pelbagai sumber ke penerima dan menghasilkan gerak balas terhadap sesuatu rangsangan. Sistem ini terdiri daripada otak, saraf tunjang dan saraf periferi.
pastoralpastoralKesusasteraanPuisiPuisi yang menonjolkan citra yang berhubung dengan kehidupan masyarakat desa yang aman dan tenteram. Contohnya, puisi "Rumah Kecil" dalam antologi Bunga Gerimis karya Darma Mohamad. Rumah kecil menganugerahkan damai terasa basah dan sejuknya udara berkisar antara gunung dan bukit negara menjadi tunjang kenikmatan dan sejahtera

Kembali ke atas