Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tun.tas] | تونتس

Definisi : 1. tidak mengalir lagi (kerana sudah habis dicurahkan), habis (air mata); 2. meliputi (hampir segala-galanya), menye­luruh, sempurna, komprehensif: saya saran­kan supaya dilakukan analisis kontrastif bahasa Melayu-bahasa Inggeris yg bersifat ~; penyelesaian yg ~; secara ~ secara menye­luruh (tidak menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja); 3. singkat dan tegas; menuntaskan 1. mencurahkan semua (habis-habisan), menghabiskan; 2. menyele­sai­kan semuanya atau segala-galanya; ketuntasan perihal (keadaan, sifat) tuntas; ketidaktuntasan keadaan yg tidak tuntas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tun.tas] | تونتس

Definisi : (bersifat) menyeluruh dan leng­­­kap. menuntaskan meng­usaha­kan supaya menjadi lengkap dan menyeluruh; men­jadikan tuntas. ketuntasan keadaan atau hal tuntas. penuntasan perbuatan (proses, usaha dsb) menuntaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuntas (adjektif)
Bersinonim dengan menyeluruh, sempurna, lengkap, segala-galanya, komprehensif.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kinetic macerationmaserasi kinetikHerbaTiadaTeknik maserasi yang dilakukan pada suhu bilik. Campuran bahan herba dan pelarut digoncang secara berterusan dengan pelbagai kaedah mekanikal. Teknik ini biasanya digunakan pada skala industri bagi mengekstrak bahan herba secara tuntas.
biographical criticismkritikan biografiKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang menggunakan latar belakang pengarang sebagai kerangka rujukan untuk mentafsirkan makna teks. Kritikan biografi berasaskan pendapat bahawa pemahaman tentang kehidupan pengarang boleh memberikan pengertian yang lebih jelas tentang karyanya. Riwayat hidup pengarang memperlihatkan bagaimana faktor persekitaran, pengalaman dan pembacaan mempengaruhi penulis secara sedar dan tidak sedar dalam penciptaan karya. Membaca biografi penulis bukan sahaja mengubah tetapi mendalamkan pengamatan pembaca terhadap teks tersebut. Walau bagaimanapun, data biografi boleh mengelirukan pembaca. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah pengarang mengubah fakta sejarah dengan menyembunyikan perihal yang memalukan, dan menggembar-gemburkan perihal yang akan menyerlahkan lagi karya mereka. Penggunaan data biografi yang berlebih-lebihan dianggap sebagai kekeliruan biografi, dan situasi ini dicabar oleh kritikan sastera yang disebut kritikan baru. Sebaliknya, penggunaan data biografi yang bijak dapat menghasilkan interpretasi teks yang lebih tuntas. Umpamanya, novel Salina karya A. Samad Said pastinya dapat diinterpretasikan dengan lebih mendalam sekiranya penulisnya diketahui secara mendalam. Hal ini demikian kerana banyak pengalaman pahit zaman perang pengarang yang mendorong kepada penciptaan karyanya.

Kembali ke atas