Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tun.tu.tan] | تونتوتن

Definisi : sesuatu yg dituntut, permintaan dgn mendesak (supaya dilakukan sesuatu dll), dakwaan, gugatan: badan itu seharusnya ber­hak berunding terus dgn kerajaan mengenai semua ~ drpd persatuan tersebut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tun.tu.tan] | تونتوتن

Definisi : sesuatu yg dituntut; permintaan dgn mendesak; dakwaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuntut
Kata Terbitan : menuntut, tuntutan, penuntut,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
claim expensebelanja tuntutaninsuransTiadaPerbelanjaan bagi menyelaras tuntutan untuk mengambil kira kos siasatan dan fi guaman. Ini tidak termasuk kos tuntutan berkenaan.
maximum disability policypolisi hilang upaya maksimuminsuransTiadaInsurans pendapatan hilang upaya tidak boleh batal yang mengehadkan liabiliti insurer bagi setiap tuntutan, tetapi tidak mengehadkan amaun agregat bagi semua tuntutan. Dalam lain perkataan, bagi setiap satu tuntutan terdapat satu amaun maksimum, tetapi mungkin terdapat banyak bilangan tuntutan yang berasingan bagi setiap keadaan hilang upaya.
death claimtuntutan kematianinsuransTiadaTuntutan kerugian berikutan kematian insured seperti yang terkandung di dalam kontrak insurans.
cosmetic claimtuntutan kosmetikHerbaPeraturan dan PemasaranPernyataan yang mengandungi perakuan tentang kegunaan produk kosmetik. Menurut Garis Panduan Pengawalan Produk Kosmetik di Malaysia, tuntutan manfaat kegunaan produk kosmetik hendaklah mempunyai justifikasi dengan bukti yang kukuh dan/atau berdasarkan kandungan formulasi atau sediaan kosmetik tersebut. Produk kosmetik tidak boleh dituntut sebagai ubat. Syarikat atau individu yang bertanggungjawab mendaftarkan produk kosmetik di pasaran harus mendapatkan nasihat undang-undang atau pakar untuk memastikan tuntutan yang dicadangkan tidak melanggar akta atau peraturan yang sedia ada.
no claim discountdiskaun tanpa tuntutaninsuransTiadalih. bonus tanpa tuntutan.
no claim returnpulangan tanpa tuntutaninsuransTiadaSama dengan bonus tanpa tuntutan khusus untuk insurans marin.
no claim bonusbonus tanpa tuntutaninsuransTiadaPotongan yang diberikan kepada premium pembaharuan sebagai imbalan kerana tidak ada tuntutan untuk tempoh perlindungan insurans yang lepas.
return for no claimpulangan tanpa tuntutaninsuransTiadaPeruntukan dalam polisi tertentu yang menyatakan sekiranya tiada bayaran tuntutan dibuat dalam tempoh polisi, insurer akan mengembalikan sebahagian daripada premium.
products and completed operation insuranceinsurans keluaran dan kendali lengkapinsuransTiadaPerlindungan kepada insured terhadap masalah tuntutan yang akan timbul daripada penjualan, penghasilan, pengurusan atau pengedaran barang keluarannya. Tuntutan dilindungi hanya setelah barang keluaran dijual dan dipindah milik. Bahagian kendali lengkap dalam polisi insurans ini pula menyediakan perlindungan terhadap tuntutan yang timbul hasil daripada kendalian yang telah dilengkapkan oleh atau untuk insured atau yang telah ditinggalkan oleh insured yang dinamakan. Pengeluar biasanya membeli perlindungan ini, manakala kontraktor membeli perlindungan kendali lengkap.
underwritting and claims control clausefasal kawal tuntutan pengunderaitaninsuransTiadaFasal dalam triti reinsurans yang memperuntukan hak merundingkan pengunderaitan dan tuntutan kepada reinsurer.
12345678910...

Kembali ke atas