Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.ru.nan] | تورونن

Definisi : sesuatu yg diturunkan (surat dll), salinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.ru.nan] | تورونن

Definisi : 1. = keturunan anak cucu, baka, zuriat: betapa senang dan gembira hati Pak Long Karim melihat usahanya dan jasanya utk anak dan ~nya masa akan datang; 2. peranakan, kacukan: dekat baginda kelihatan perajurit pilihan, iaitu perajurit Daengan dan Bugisan ~ Mengkasar dan Bugis; 3. sesuatu yg dipusakai drpd nenek moyang, sesuatu yg turun-temurun: ayahnya sendiri seorang tua model lama, amat kukuh meme-gang kebiasaan ~, tetapi tidak pandai men-jaga anaknya; 4. = kata ~ Id (Lin) kata yg dibentuk drpd kata pokok, kata terbitan, kata bersambungan; 5. bp penurunan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.ru.nan] | تورونن

Definisi : 1 = keturunan anak cucu; baka: Mereka ~ orang baik-baik. 2 peranakan atau kacukan: ~ Keling. 3 sesuatu yg turun-temurun: penyakit ~ penyakit yg turun-temurun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata turunan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
binary search treepepohon gelintar perduaanTeknologi MaklumatPerisianPepohon yang setiap subpohonnya mempunyai ciri, iaitu kesemua turunan di sebelah kiri adalah kecil berbanding nilai yang disimpan pada akar pepohon dan kesemua turunan di sebelah kanan adalah besar daripada nilai akar pepohon. Contohnya, pada rajah pepohon di bawah, nilai akar pepohon ialah 8 dan kesemua nilai turunan di sebelah kiri adalah kurang daripada 8. Nilai turunan di sebelah kanan pula melebihi daripada 8. Rajah pepohon gelintar perduaan ditunjukkan seperti di bawah: Rajah 5: Pepohon gelintar perduaan
balanced treepepohon seimbangTeknologi MaklumatPerisianPepohon yang mempunyai subpohon yang setiap satunya mempunyai ciri iaitu bilangan turunan di sebelah kiri adalah lebih kurang sama dengan bilangan turunan di sebelah kanan. Rajah pepohon seimbang ditunjukkan seperti di bawah: Rajah 7: Pepohon seimbang
water equivalentkesetaraan airSainsHidrometeorologiKedalaman air yang terhasil daripada peleburan bungkusan salji atau suatu sampel salji. Oleh itu, kesetaraan air turunan salji baru adalah sama dengan banyaknya kerpasan yang diwakili oleh turunan salji itu.
crude petroleumpetroleum mentahKejuruteraanPetroleumCampuran yang terjadi secara alamiah yang terdiri daripada hidrokarbon sebagai komponen utama sama ada berserta dengan belerang atau tidak, ditambah dengan turunan hidrokarbon dari oksigen atau turunan hidrokarbon dari nitrogen, atau kedua-duanya. Biasanya terdapat juga bendasing seperti air, bahan organik dan gas, bersama-sama dengan petroleum. Jika dilakukan pemisahan bendasing daripada petroleum mentah tersebut, proses pemisahan ini mestilah tidak akan mengubah status campuran dalam petroleum mentah. Sebaliknya, jika pemisahan tersebut mengakibatkan perubahan kandungan yang bermakna terhadap campuran tersebut, hasil pemisahan itu tidak lagi boleh disebut petroleum mentah.
markdownturunanPentadbiranTiadaTiada
slumpityturunanKejuruteraanTiadaTiada
progemitureturunanKesusasteraanTiadaTeks yang dihasilkan langsung dari sumbernya yang asal.
slumpturunanKejuruteraanKejuruteraan BangunanUkuran terhadap keterkerjaan konkrit bagi menentukan sejauh manakah konkrit dapat dituang dan dipadatkan di dalam konkrit tetulang.
voltage dropturunan voltanFizikTiadaTiada
voltage dropturunan voltanFizikTiadaTiada
12345

Kembali ke atas