column | lajur; ruang; turus, tiang, lajur kolum | Perubatan | Tiada | 1. Sebarang struktur seperti turus, contohnya turus spina. |
column chromatography | kromatografi turus | Kimia | Kimia Analisis | Teknik kromatografi yang menggunakan turus padatan untuk memisahkan campuran dalam larutan. Padatan turus tersebut boleh terdiri daripada resin penukar ion, gel silika atau alumina dan lain-lain penjerap. Pemisahan terjadi disebabkan oleh keupayaan komponen sampel terjerap pada padatan. |
electron column | turus elektron | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Turus elektron berfungsi untuk membolehkan elektron bergerak dari sumber elektron ke permukaan sampel bagi menghasilkan imej pada resolusi berskala nano. Turus electron ialah salah satu komponen pada mikroskop electron. |
column efficiency | kecekapan turus | Kimia | Kimia Analisis | Kemampuan turus memisahkan suatu campuran dengan baik. Ia boleh digambarkan oleh puncak-puncak yang tajam dan jelas terpisah di antara satu sama lain dalam kromatogram. Kecekapan turus ditunjukkan oleh bilangan plat teori ataupun nilai tinggi setara plat teori, H. |
column chromatography | kromatografi turus | Herba | Pemiawaian | Kromatografi yang menggunakan fasa pegun, seperti serbuk alumina atau silika di dalam turus kaca, dan fasa geraknya ialah pelarut cecair yang dimasukkan ke dalam turus setelah dimasukkan campuran yang akan dianalisis. Penjerapan berpilih komponen campuran tersebut akan berlaku di sepanjang fasa pegun. Kaedah ini digunakan untuk mengasingkan sebatian kimia andrografolida dalam ekstrak hempedu bumi (Andrographis paniculata). |
capillary column | turus rerambut | Kimia | Kimia Analisis | Turus kromatografi gas yang sangat kecil dan diameter dalamnya kurang daripada 0.5 mm. |
packed column | turus terpadat | Kimia | Kimia Analisis | Turus yang diisikan dengan zat padatan sebagai fasa pegun atau penyokong fasa. |
chromatographic column | turus kromatografi | Kimia | Kimia Analisis | Sebarang turus yang diperbuat daripada kaca, keluli, tembaga atau polimer, yang didapati dengan fasa pegun. Ia merupakan tempat pemisahan berlaku dalam teknik-teknik kromatografi seperti kromatografi gas dan cecair. |
reverse phase liquid column chromatography | kromatografi turus cecair fasa terbalik | Kimia | Kimia Analisis | Teknik kromatografi turus yang menggunakan padatan (fasa pegun), tidak berkutub dan pengelusi (fasa gerak) berkutub. |
theoretical plate | teori plat | Kimia | Kimia Analisis | Teori yang menerangkan tentang kecekapan turus untuk memisahkan campuran bahan-bahan. Teori ini menganggap turus ini terdiri daripada satu siri plat berasingan yang kuantiti zat terlarutnya dalam fasa gerak dengan fasa pegun berada dalam keadaan keseimbangan. |