Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.rut.me.nu.rut] | توروت-منوروت

Definisi : 1. saling menurut, ikut-mengikut, tidak tentang-menentang; 2. ark menurut sahaja (fikiran orang dll), ikut-ikutan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.rut.me.nu.rut] | توروت-منوروت

Definisi : tidak tentang-menentang; saling menurut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata turut-menurut


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aggressionpencerobohanSains PolitikHubungan AntarabangsaTindakan serangan secara tidak sah dan tidak bermoral oleh sesebuah negara terhadap negara lain. Campur tangan secara tidak sah menurut norma antarabangsa juga dianggap sebagai tindakan pencerobohan. Perlakuan ini biasanya berbentuk tindakan serangan walaupun kadangkala tindakan ini dilakukan atas dasar mempertahankan diri melalui dasar serangan terlebih dahulu. Bentuk pencerobohan boleh terjadi secara langsung umpamanya serangan Jepun terhadap Pearl Harbour pada tahun 1941. Terdapat juga pencerobohan secara tidak langsung seperti tindakan Amerika Syarikat mengintip melalui kapal terbang U2 terhadap Kesatuan Soviet antara tahun 1955 hingga 1960. Selain itu, pencerobohan juga boleh bersifat bukan ketenteraan. Tindakan ekonomi seperti boikot dan embargo turut tergolong dalam kategori pencerobohan terhadap sesuatu negara.
ad hoc authoritykuasa ad hocPentadbiranPentadbiran Awam

Autoriti sementara yang dimiliki oleh individu atau jawatankuasa dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab yang diamanahkan. Kuasa ad hoc biasanya diberi kepada kumpulan individu yang mempunyai kepakaran tertentu untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesebuah organisasi, projek atau program. Walaupun kuasa ini bersifat sementara, individu atau jawatankuasa yang memiliki kuasa ini turut terikat dengan peraturan dan undang-undang serta mempunyai had tertentu menurut bidang kuasa yang telah diperuntukkan. Contohnya, Suruhanjaya Diraja yang dilantik khas mempunyai kuasa ad hoc dalam mengendalikan sesuatu kes yang diamanahkan. Apabila kes tersebut selesai, Suruhanjaya Diraja tersebut akan dimansuhkan.


Kembali ke atas