accessary | turut serta | Undang-undang | Tiada | Tiada |
civilian population | penduduk awam | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Golongan yang tidak boleh turut serta dalam pertempuran dan tidak boleh dijadikan sasaran atau objek kekerasan. Dalam situasi perang, penduduk awam harus dilindungi daripada tindakan-tindakan peperangan kerana mereka tidak terlibat dalam persengketaan yang berlaku antara pihak berperang. Serangan yang dilakukan terhadap penduduk awam boleh dianggap sebagai telah melakukan kejahatan perang sebagaimana yang terkandung dalam Konvensyen Geneva IV 1949. |
participative decision making | pembuatan keputusan libat sama | Pengurusan | Perancangan | Proses pembuatan keputusan dalam pengurusan organisasi yang dilakukan dengan membenarkan dan menggalakkan pekerja untuk turut serta, melalui perkongsian pendapat dan idea. Keputusan yang dicapai melalui proses ini dianggap lebih berkualiti memandangkan pekerja merupakan sumber sebenar untuk memahami operasi organisasi. Pembuatan keputusan libat sama boleh diguna pakai oleh organisasi untuk memupuk hubungan kerja yang baik, meningkatkan kepuasan kerja dan seterusnya menyumbang kepada iltizam yang tinggi dalam kalangan pekerja. |
participant observation | pengamatan peserta | Komunikasi | Korporat | Kaedah penyelidikan pasaran yang mengenal pasti gelagat pengguna sewaktu membuat pilihan pembelian barangan di pasaran dalam tempoh tertentu. Kaedah ini melibatkan pengkaji turut serta dalam sesuatu proses atau keadaan pasaran. Contohnya, pengkaji perlu berada dalam suasana pasaran sebenar pada sesuatu tempoh untuk mengenal pasti tabiat pemilihan dan pembelian barangan. Maklumat yang terkumpul digunakan oleh perancang strategi pengiklanan untuk menyusun strategi pemasaran barangan yang dikaji. Kaedah pengamatan peserta diakui sebagai kaedah yang sesuai untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai tabiat pembelian pelanggan. Kaedah ini juga digunakan oleh pihak syarikat pengeluar atau agensi pengiklanan untuk mendapatkan maklum balas keberkesanan iklan yang telah diterbitkan dan disiarkan. Melalui kaedah ini, pengiklan dapat mengenal pasti tahap sambutan khalayak terhadap barangan yang diiklankan. Pendekatan ini pada asalnya merupakan salah satu kaedah penyelidikan dalam bidang sains sosial. |
democratic leader | pemimpin demokratik | Pengurusan | Perancangan | Seseorang ketua yang bersikap terbuka terhadap pengikutnya dengan membenarkan mereka mengambil bahagian dalam menetapkan dan mencapai matlamat organisasi. Contoh pemimpin yang demokratik ialah mereka yang menggalakkan individu dan kumpulan di bawahnya untuk turut serta dalam proses membuat keputusan. |
Management By Objective (MBO) | Pengurusan Berdasarkan Objektif | Pengurusan | Perancangan | Salah satu teknik pengurusan yang melibatkan perbincangan dua hala antara pengurus dengan pekerja dalam merancang matlamat bersama dan berusaha untuk mencapai objektif tersebut. Selain memberikan peluang kepada pekerja untuk turut serta dalam menetapkan objektif, teknik ini juga membolehkan keberhasilan matlamat yang lebih fokus dan meningkatkan motivasi pekerja. Pelaksanaan Pengurusan Berdasarkan Objektif turut membantu proses pemantauan pelaksanaan tugas dengan lebih berkesan dan penilaian prestasi pekerja yang lebih telus. |
narrator witness | pengisah saksi | Kesusasteraan | Tiada | Pengisah (pengarang) yang menjadi salah seorang watak dalam kisah atau peristiwa yang diceritakan dalam sesebuah karya. Sebagai seorang watak, pengisah turut terlibat serta menyaksikan segala kisah atau kejadian yang berlaku seperti yang digambarkan dalam karya tersebut. |
public sector | sektor awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Bahagian perkhidmatan yang diwujudkan dan dikendalikan oleh pihak kerajaan untuk menyediakan pelbagai kemudahan dan memenuhi keperluan serta kepentingan awam. Sektor ini turut berperanan menyediakan pelbagai infrastruktur, peluang pekerjaan, kebajikan dan keselamatan dan mempermudah pelbagai urusan. Di samping itu, ia turut berperanan menguruskan pembangunan dan menjana pendapatan negara. Operasi sektor ini tidak berorientasikan keuntungan dan bertindak sebagai nadi penggerak ke arah kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Namun, memandangkan sifatnya yang besar dan kompleks serta sangat berhierarki, ia sering kali dilihat sebagai kurang cekap dan sarat dengan karenah birokrasi. |
marine ecotourism | ekopelancongan marin | Perikanan | Tiada | Aktiviti rekreasi dan pelancongan yang mementingkan ekosistem laut, melibatkan flora dan fauna. Ekopelancongan marin memberikan kesan positif kepada flora dan fauna serta persekitaran semula jadi kerana aspek pemuliharaan yang diberi keutamaan. Selain itu, prinsip pembangunan mapan dan program kesedaran serta sikap cinta terhadap alam sekitar turut ditekankan. Antara aktiviti ekopelancongan marin termasuklah aktiviti menaiki bot, meluncur air, menyelam di dasar laut dan memancing. |
site planning | perancangan tapak | Kesenian | Seni Bina | Perancangan atau cadangan yang dilakukan untuk membangunkan tapak binaan sebagai kawasan peletakan bangunan dan kawasan sokongan. Perancangan ini turut mengambil kira laluan keluar masuk, keadaan rupa bumi, kedudukan matahari dan arah angin, pemandangan dan keadaan persekitaran, serta undang-undang teknikal tempatan. |