Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.ru.tan] | توروتن

Definisi : 1. = turut-turutan sesuatu yg diturut (dicontohi, diikuti, dll), contoh, teladan: maka iaitu patutlah menjadi ~ dan teladan bagi segala orang yg terkemudian; 2. yg berturut-turut (berikut-ikut); 3. yg ikut atau turut (bersama); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.ru.tan] | توروتن

Definisi : 1 sesuatu yg diturut; teladan. 2 yg berturut-turut atau yg berikut-ikut. 3 yg turut bersama; yg menurut: orang ~ orang yg turut bersama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
firing orderjujukan nyalaanKejuruteraan AutomotifEnjinTurutan pembakaran dalam silinder yang digunakan oleh enjin multisilinder empat lejang untuk menjana lejang kuasa yang bermula dengan silinder 1. Turutan ini ditentukan bagi men- capai keseimbangan dinamik keseluruhan enjin. Turutan yang biasa digunakan oleh enjin empat silinder segaris ialah 1-3-4-2 atau 1-2-4-3, manakala turutan untuk enjin enam silinder sebaris biasanya ialah 1-5-3-6-2-4.
consequential losskerugian turutaninsuransTiadaKerugian tak langsung yang berpunca daripada kerosakan harta pemegang polisi yang menyebabkan tidak dapat digunakan bagi sesuatu jangka masa. Gangguan perniagaan, perbelanjaan tambahan, insurans sewa dan kepentingan pajakan merupakan perlindungan yang biasa diberi di bawah polisi ini.
running headtajuk turutan-TiadaTajuk ringkas buku atau bab di bahagian atas halaman buku
rengarengaKesusasteraanTiadaSejenis puisi Jepun yang berantai dan ringkas. Rangkap puisi ini berturut-turutan dan dicipta oleh beberapa pengarang yang biasanya mempunyai hubungan yang akrab antara satu sama lain.
nuclear exclusion clausefasal pengecualian nuklearinsuransTiadaFasal dalam insurans am yang mengandungi pengecualian kehilangan, kerosakan atau kerugian turutan atau sebarang liabiliti yang secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh atau timbul daripada radiasi ion atau pencemaran radioaktif daripada bahan api nuklear atau sisa nuklear akibat pembakaran api nuklear.
kinematicskinematikSains SukanBiomekanikCabang ilmu dinamik yang mengkaji corak lakuan pergerakan tanpa pengaruh daya yang menyebabkan pergerakan tersebut. Cabang ilmu ini menerangkan turutan pergerakan dalam konteks ruang dan masa.
phylogenetic systematicsistematik filogenetikBioinformatikBioinformatik MolekulSatu bidang dalam biologi yang membina semula sejarah evolusi dan corak hubungan antara organisma. Kajian ini membolehkan organisma dikelaskan berdasarkan turutan masa dan dipaparkan menerusi pepohon filogenetik.
storage areakawasan penstoranHerbaTiadaSuatu bahagian kawasan bersih di dalam sebuah kilang yang digunakan untuk menyimpan bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba. Kawasan penstoran ini perlu diurus, diselenggara, dipantau dan dijaga kebersihannya dengan baik bagi menghalang kemerosotan kualiti bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba. Persekitaran stor seperti suhu, lembapan dan sinaran cahaya juga perlu dikawal menurut kesesuaian bahan dan sediaan herba. Bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba perlu dilabel dan disimpan mengikut jenis masing-masing. Bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba disimpan mengikut turutan untuk memastikan putaran stok yang berkesan. Akses ke kawasan ini juga perlu dikawal untuk mengelakkan pencemaran dan pencerobohan.

Kembali ke atas