codeine | kodeina | Kimia | Tiada | Alkaloid, formula C18H21NO3, takat lebur 158oC, berbentuk hablur putih, beracun, larut sedikit di dalam air dan larut di dalam alkohol dan kloroform. kedeina diperoleh daripada pemetilan morfina. Sebatian ini lazimnya digunakan untuk membuat ubat batuk. |
narcotine | narkotina | Kimia | Biokimia | Alkaloid daripada opium yang wujud sebagai hablur tanpa warna, berbentuk jejarum, tidak larut di dalam air, larut sedikit di dalam alkohol dan sangat larut di dalam kloroform. Alkaloid ini digunakan sebagai salah satu juzuk di dalam ubat batuk dan tonik. |
chlorpheniramine maleate | klorfeniramina maleat | Kimia | Forensik | Formula kimia, C16H19CIN2. C4H4O4; nama dagang, Allergex, Piriton. Serbuk berhablur putih yang larut dalam air, etanol dan kloroform, dan larut sedikit dalam eter. Serbuk ini digunakan untuk merawat pelbagai tindak balas alergi, termasuk rinitis, ruam kulit, dan gatal-gatal, dan sebagai ramuan dalam banyak ubat batuk dan dekongestan. Kegunaannya kini dihalang kerana boleh menyebabkan asma atau alergi dan tidak boleh diberikan kepada bayi baru lahir atau ibu menyusu. Kesan sampingannya termasuk pening, sakit kepala, kekeringan mulut, ruam kulit, tindak balas alergi, dan nadi jantung cepat. Dos parah akut dianggarkan antara 25 mg/kg - 250 mg/kg. Kepekatan terapeutiknya ialah 0.003 �g/mL - 0.0 12 �g /mL. |
cough suppressant | ubat penahan batuk | Perubatan | Tiada | Ubat untuk menahan batuk dengan bertindak terhadap pusat batuk di otak. Bahan aktifnya adalah daripada kumpulan opiat dan ia berguna untuk batuk yang kering. Ia seharusnya tidak digunakan untuk batuk berkahak atau batuk yang disebabkan oleh penyakit paru-paru seperti pneumonia dan asma. Sekiranya ubat diambil dalam kuantiti yang banyak dan jangka masa yang lama akan mengakibatkan ketagihan. Contohnya, Codeine dan Dextromethorphan. |
antitussive | antitusif | Farmasi | Farmakologi | Ubat yang digunakan untuk meredakan atau mencegah batuk. Ubat ini merangkumi kumpulan opioid dan bukan opioid yang bertindak: pada sistem saraf pusat atau sistem saraf periferi untuk menindas refleks batuk. Contoh ubat dalam kumpulan opioid ialah kodeina, manakala contoh ubat dalam kumpulan bukan opioid ialah dekstrometorfan. Ubat daripada kumpulan opioid boleh memberikan kesan yang kuat terhadap fungsi sistem saraf pusat dan menyebabkan ketagihan jika disalahgunakan. Sediaan ubat yang biasa digunakan adalah dalam bentuk tablet, sirap atau lozeng. |
Sonneratia caseolaris | pedada | Herba | Botani dan Bioteknologi | Pokok sederhana besar dalam famili Sonneratiaceae yang dikenali juga sebagai gedabu atau perapat. Pedada hidup liar di hutan bakau dan mempunyai akar udara yang tumbuh tegak. Daunnya tebal bernabu dan berbentuk hampir bulat. Bunganya berwarna putih kemerah-merahan. Buahnya berbentuk seperti gasing dan mempunyai kaliks yang kekal membentuk tampuk. Di hujungnya terdapat stil bunga yang kekal sehingga buah masak. Bijinya bersegi-segi, diselaputi isi berwarna putih. Jus buah matang dibuat ubat batuk. Daun yang dilumatkan dengan beras digunakan untuk merawat campak dan menghentikan perdarahan pada luka kecil. Kulit batangnya mengandungi tanin. Buah muda dibuat perasa masakan dan pucuknya dibuat sayur. |
Acanthus ebracteatus | Jeruju hitam | Pertanian | Tiada | Tumbuhan dalam famili Acanthaceae ini juga dikenali sebagai beruju. Daunnya jenis ringkas tersusun bertentang, bentuknya lonjong (oblong) dan tepi daunnya bergerigi. Jambak bunganya jenis spika keluar di bahagian terminal pokok. Bunga berwarna putih dan biru di tengah. Buah jenis kapsul mengandungi empat biji. Tumbuhan ini jenis herba. Air rebusan akar digunakan untuk merawat demam panas yang kronik dan bersama batang digunakan juga untuk kesihatan dan merawat pelbagai penyakit kulit. Air rebusan biji diminum atau biji yang dipanggang dimakan sebagai ubat batuk, bisul, kencing manis, darah tinggi dan kecacingan. Biji yang ditumbuk digunakan sebagai pupuk untuk merawat bisul. Daun digunakan secara luaran untuk menghilangkan sakit kepala, wanita selepas bersalin, tonik rambut. Air rebusan daun diminum untuk merawat lelah, batuk, bengkak, reumatisme dan penyakit keputihan. Seluruh bahagian tumbuhan boleh digunakan untuk menghasilkan sabun. |
Acanthus ebracteatus | jeruju hitam | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis herba dalam famili Acanthaceae yang dikenali juga sebagai beruju. Daunnya jenis ringkas tersusun bersetentang, bentuknya lonjong (oblong) dan tepi daunnya bergerigi. Jambak bunganya jenis spika keluar di bahagian terminal pokok. Bunganya berwarna putih dan biru di tengah. Buahnya jenis kapsul dan mengandungi empat biji. Air rebusan akarnya digunakan untuk merawat demam panas yang kronik, dan air rebusan akar dan batangnya juga digunakan untuk menjaga kesihatan dan merawat pelbagai penyakit kulit. Air rebusan bijinya diminum atau bijinya yang dipanggang dimakan sebagai ubat batuk, merawat bisul, kencing manis, darah tinggi dan kecacingan. Bijinya yang ditumbuk digunakan sebagai pupuk untuk merawat bisul. Daunnya digunakan secara luaran untuk menghilangkan sakit kepala, rawatan ibu selepas bersalin dan tonik rambut. Air rebusan daunnya diminum untuk merawat lelah, batuk, bengkak, reumatisme dan penyakit keputihan. Seluruh bahagian tumbuhan ini boleh digunakan untuk menghasilkan sabun. |
health policy | dasar kesihatan | Pentadbiran | Tiada | Dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memupuk kesedaran dan memelihara kesihatan awam dengan melancarkan pelbagai program dan penguatkuasaan pelbagai peraturan yang berkaitan. Dasar kesihatan yang baik boleh memastikan bekalan makanan dan air bersih kepada orang ramai, memelihara kebersihan alam sekitar, mengawal kesihatan ibu dan bayi, menguatkuasa imunisasi penyakit berjangkit dan memperluaskan perkhidmatan kesihatan dan hospital sehingga ke kawasan pedalaman. Dasar seperti ini turut menumpukan perhatian kepada penghindaran jangkitan penyakit merbahaya seperti AIDS, kusta, batuk kering, taun, SARS dan polio. Di samping itu dasar kesihatan yang ketat turut mengawal pembekalan ubat dan dadah tertentu, penjualan bahan terkawal seperti minuman keras, ubat batuk dan rokok. Terdapat juga dasar kesihatan di negara tertentu yang mewajibkan pengambilan polisi insuran kesihatan bagi rawatan hospital dan terdapat dasar kesihatan yang memberi khidmat hospital dan rawatan percuma seperti negara kebajikan di Norway |
ACE inhibitor | perencat ACE | Perubatan | Tiada | Kumpulan ubat perencat aktiviti enzim penukar angiotensin (ACE) yang menukarkan angiotensin 1 kepada angiotensin 2. Kekurangan penghasilan angiotensin 2 menyebabkan vasodilatasi. Ubat daripada kumpulan ini digunakan dalam rawatan hipertensi dan kegagalan jantung. Antara kesan sampingannya ialah hipotensi dan batuk berpanjangan. Contohnya, Captopril dan Enalapril. |