comb jellies | ubur-ubur sikat | Sains Marin | Tiada | Kumpulan organisma marin filum Ctenophora yang berbentuk gelatin (jeli). Ubur-ubur ini mempunyai ciri-ciri yang agak sama dengan ubur-ubur (jellyfish) tetapi tiada tentakel sengat (cnidosit). Ciri utama haiwan ini ialah ia mempunyai barisan silia berupa "sikat" yang digunakan untuk berenang. |
zooxanthellae | zooxantela | Sains Marin | Tiada | Zooxantela bersel tunggal yang hidup secara simbiosis dengan pelbagai invertebrat laut terutamanya karang, ubur-ubur, kima, nudibrankia dan berbagai-bagai spesies lain. Zooxantela menghasilkan makanan untuk perumahnya melalui proses fotosintesis. Lihat juga dinoflagelat. |
megaplankton | megaplankton | Sains Marin | Tiada | Komponen plankton (fauna dan flora) yang bersaiz paling besar, iaitu melebihi 2000 mikrometer (20 cm). Contohnya, ubur-ubur, sotong, kril dan sebagainya. |
pleuston | pleuston | Sains Marin | Tiada | Organisma yang hidup di lapisan permukaan tipis antara muka air-udara sebagai habitatnya. Organisma ini mempunyai daya apungan yang menonjol di atas permukaan air laut, seperti beberapa spesies ubur-ubur dan pencakar air. |
macroplankton | makroplankton | Sains Marin | Tiada | Komponen plankton (fauna dan flora) yang bersaiz agak besar dan dapat dilihat dengan mata kasar. Secara definisinya makroplankton ialah plankton yang bersaiz di antara 2-20 mm. Contohnya, krustasia dan ubur-ubur. |
glow peak | puncak bara | Fizik | Nanoteknologi | Pengujaan sesuatu cahaya yang dihasilkan oleh bara bagi sesuatu bahan. Puncak ini berada pada lengkung keamatan pancaran cahaya termopendarfluor melawan suhu pemanasan suatu gugusan sebatian yang terperangkap dalam suatu hablur. Puncak ini berpadanan dengan tenaga yang diperlukan untuk menyahperangkap pembawa cas dalam sebatian berkenaan. Contohnya, kadmium sulfida (CdS) dalam hablur ziolit Y dan protein aekuorin pada ubur-ubur A. Victoria bertindak dengan ion Ca2+ yang memberikan dua puncak bara utama pada 395 nm (uv) dan minor pada 475 nm (puncak bara biru). Puncak bara biru ini menyebabkan protein berpendafluor hijau pada ubur-ubur tersebut memberikan kilauan cahaya hijau. |