Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj binatang yg hidup di air (berkulit keras, berkaki sepuluh, dan berekor); jenis-jenisnya: ~ galah, ~ geragau, ~ kara, ~ karang, ~ kertas, ~ laut, ~ laut lebar, ~ lubuk, ~ siar, dll; ~ kering udang yg dikeringkan; bongkok ~ melengkung badannya spt udang; kepala ~ ki bodoh benar; keropok ~ keropok yg dibuat drpd udang; pulut ~ sj makanan drpd pulut yg berintikan udang yg bercampur dgn kelapa yg diparut; ~ hendak mengata(i) ikan prb kesalahan orang lain tampak tetapi kesalahan sendiri tidak disedari; ~ merentak dlm tangguk prb orang yg tidak tetap laku dan kedudukannya; ~ tak tahu dibongkoknya prb orang yg tidak insaf dgn kekurangan diri sendiri; bagai ~ dlm tangguk prb a) menggeletek-geletek kerana kesukaan; b) dlm kesukaran; bagai ~ tahi di kepala prb banyak hutangnya; banyak ~ banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya prb kegemaran (kemahuan, fikiran, dll) tiap-tiap orang itu tidak sama; berudang ada udang, terdapat udang; ~ di balik batu prb ada sesuatu yg tersembunyi drpd yg dilahirkan dgn mulut atau dgn perbuatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata udang I

Puisi
 

Anak udang,
     udang juga,
Tak boleh dibuat anak tenggiri;
     Anak orang,
orang juga,
     Tak boleh dibuat anak sendiri.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Udang merentak dalam tangguk.

Bermaksud :

Tidak tenteram (gelisah, susah dan sebagainya). (Biasa juga: Udang dalam tangguk).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ghost shrimp/glass shrimpudang gantungPerikananAkuakulturSejenis krustasea air tawar yang popular dalam industri ikan hiasan untuk dijadikan sebagai makanan hidup kepada ikan pemangsa seperti kelisa. Udang gantung turut dikenali sebagai udang beras atau udang padi dengan nama saintifik, Macrobrachium lanchesteri. Udang ini boleh dijumpai di dalam kolam, tasik dan sungai.
infectious hypodermal and hematopoietic necrosishipoderma dan nekrosis hematopoietik berjangkitPerikananAkuakulturPenyakit pada udang yang disebabkan oleh jangkitan virus famili Parvoviridae. Udang yang dijangkiti akan menjadi cacat pada anggota badan, seperti putus kaki renang, antena, kaki jalan dan uropod.
forksepit udangSukanLumba BasikalKerangka basikal di bahagian hadapan untuk mencengkam roda.
mysismisisPerikananAkuakulturPeringkat ketiga larva udang yang mengambil masa 3 – 5 hari dalam proses perkembangan larva. Pada peringkat ini, larva mula membentuk pleopoda.
zoeazoeaPerikananAkuakulturPeringkat kedua larva udang yang mengambil masa selama 3 – 5 hari dalam proses perkembangan larva. Larva mula memakan diatom dan naupli artemia sebagai sumber makanan. Pada peringkat ini mata akan terbentuk dan badan mula memanjang.
hatcherypusat penetasanPerikananAkuakulturTempat penghasilan benih ikan, udang dan sebagainya.
white spot diseasepenyakit bintik putihPerikananAkuakulturPenyakit pada udang yang disebabkan oleh virus daripada famili Nimaviridae. Penyakit ini ditandai dengan kehadiran bintik putih pada lapisan epitelium kulit di bawah karapas.
genotypegenotipPerikananAkuakulturGen yang menentukan ciri-ciri ikan atau udang.
head setkepala rangkaSukanLumba BasikalTempat batang hendal dan sepit udang dilekatkan.
phenotypefenotipPerikananAkuakulturSifat fizikal yang boleh dilihat dan diukur pada ikan atau udang yang mencirikan baka dan kualiti pemilihan induk. Contoh sifat fizikal seperti rupa bentuk, saiz dan warna.
123

Kembali ke atas