Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.da.ra] | اودارا

Definisi : 1. campuran berbagai-bagai jenis gas yg terdapat di atas muka bumi, hawa: oleh sebab kita sentiasa dikelilingi oleh ~ yg tiada dapat dilihat, dirasa, dan dicium, maka kita selalu lupa tentang adanya ~ itu; 2. ruang yg di atas muka bumi yg berisi hawa, angkasa, awang-awang: debu berterbangan di ~; 3. berkaitan dgn penerbangan atau pergerakan menerusi udara; angkatan ~ pasukan tentera yg menggunakan kapal terbang; kapal ~ = pesawat ~ Id kapal terbang; pelabuhan ~ lapangan terbang; pos ~ kiriman (surat, bung­kusan, dsb) yg dibawa dgn kapal terbang; te­tuang ~ ark radio; 4. keadaan hawa (cuaca, hari): indah sungguh pantai petang ini, ~ pun nyaman; 5. ki keadaan di atau di sekitar sesuatu tempat dll, suasana: hati manusia di se­luruh dunia berdebar-debar apabila me­­li­­­hat­kan gelagat ~ buruk di seluruh benua Eropah; mengudarakan memberi (memasukkan) udara; pengudaraan perihal menggantikan udara lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.da.ra] | اودارا

Definisi : 1 campuran berbagai-bagai gas yg terdapat di muka bumi; hawa. 2 ruang di muka bumi yg berisi hawa; angkasa. 3 segala yg berkaitan dgn penerbangan: angkatan ~ pasukan tentera yg menggunakan kapal terbang; pos ~ pengiriman yg dibuat dgn kapal terbang. 4 keadaan cuaca, hari atau hawa: Kerana ~ buruk, kapal terbang itu tidak dpt mendarat. ~ kasa lapisan udara yg meliputi bumi. mengudarakan memasukkan udara atau menyebabkan udara bergerak. pengudaraan perihal atau perbuatan mengudarakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
udara (kata nama)
1. Bersinonim dengan hawa: angin

2. Bersinonim dengan langit: angkasa, cakerawala, jumantara, awang-awang, bumantara,
Berantonim dengan bumi

3. Bersinonim dengan keadaan: suasana, perihal.,


Puisi
 

Merokok tembakau Padang,
     Asap menjulang ke udara;
Tinggal adik tinggallah sayang,
     Abang ditempuh sengsara.


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
air pumppam udaraKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang digunakan untuk memampatkan udara dalam sistem pancitan udara. Udara yang termampat ini digunakan untuk mengawal pancaran ekzos.
heated-air systemsistem udara panasKejuruteraan AutomotifEnjinSistem kawalan haba dalam lingkaran pencuci udara yang mengekalkan suhu udara masukan, melalui campuran udara sekitaran dengan udara panas dari selubung pada pancarongga ekzos.
early warning aircraftpesawat udara amaran awalAeroangkasaTiadaPesawat udara khas yang boleh memberi amaran awal apabila bersua dengan pesawat udara yang tidak dikenali. Contohnya pesawat udara AWACS. Kepak yang berengsel dan dipisahkan dari sayap oleh alur, yang digunakan untuk meningkatkan daya angkat dan seterusnya mengurangkan laju pegun pesawat udara. Kebolehan pesawat udara melakukan operasi berlepas.
thermostatic air cleanerpembersih udara bertermostatKejuruteraan AutomotifEnjinPembersih udara yang mempunyai injap bertermostat yang berfungsi untuk mengawal aliran udara masuk melaluinya ke kebuk pembakaran. Semasa enjin sejuk, injap akan membenar- kan udara yang dipanaskan oleh pancarongga ekzos mengalir masuk ke pembersih udara. Injap ini akan tertutup perlahan- lahan apabila mencapai suhu operasinya dan menyebabkan aliran udara masuk seperti biasa. Keadaan ini menyebabkan suhu udara yang masuk lebih tinggi untuk pembakaran yang lebih cekap.
air bagbeg udaraFizikNanoteknologiMembran atau sampul anjal yang dapat menggelembung untuk mengisi udara atau gas lain. Beg udara dipasang pada kenderaan bagi tujuan keselamatan. Apabila berlaku kemalangan, beg udara akan menggelembung setelah dipicu oleh satu sistem nanosensor yang terdiri daripada mikroelektromekanik (MEMS) atau nanoelektromekanik (NEMS) yang dilekatkan pada beg udara tersebut. Contoh membran ialah nilon 6,6 atau poliester.
air bleed jetjet penjujuh udaraKejuruteraan AutomotifEnjinAliran pancutan yang keluar dari penjujuh udara. Lihat juga penjujuh udara.
superchargerpengecas lampauKejuruteraan AutomotifEnjinPemampat udara yang memaksa udara bertekanan masuk ke dalam silinder enjin yang dipacu oleh aci engkol. Proses ini menambahkan isi padu dan tekanan udara yang masuk ke dalam kebuk pembakaran. Tindakan ini menambah kecekapan isi padu, mempercepat pengeluaran gas ekzos di dalam ruang pembakaran dan seterusnya meningkatkan kuasa keluaran enjin.
air injectionsuntikan udaraKejuruteraan AutomotifEnjinProses memasukkan udara bersih ke dalam pancarongga ekzos untuk membolehkan pembakaran tambahan berlaku. Proses ini juga digunakan untuk membekalkan oksigen kepada penukar bermangkin. Hidrokarbon yang dibebaskan melalui ekzos dibakar semula dengan suntikan udara ini. Sinonim pancitan udara.
gulp valveinjap tegukKejuruteraan AutomotifEnjinInjap yang terbuka dalam sistem suntikan udara yang membenarkan udara tambahan masuk mendadak ke dalam nisbah udara-bahan api menjadi kurang dan dapat mengelakkan berlakunya sedakan dan menghindarkan bunyi pukulan dalam sistem ekzos.
turbochargerpengecas turboKejuruteraan AutomotifEnjinGabungan pemampat dengan turbin udara jenis emparan yang dipacu oleh gas ekzos. Komponen pemampat dalam pengecas turbo ini memaksa suatu amaun udara tambahan atau campuran udara-bahan api masuk ke dalam enjin dan dipacu oleh turbin yang dijalankan oleh aliran gas ekzos. Proses ini menambah- kan isi padu dan tekanan udara yang masuk ke dalam kebuk pembakaran. Tindakan ini meninggikan kecekapan isi padu dan seterusnya meningkatkan kuasa enjin.
12345678910...

Kembali ke atas