Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[uf.ti] | اوفتي

Definisi : persembahan (wang, emas, dll) yg wajib dibayar kpd raja atau negara yg berkuasa (menaklukkan): maka segala negeri takluk pd tanah Melaka itu pun sekaliannya mem-beri ~ kpd Melaka pd tiap-tiap tahun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[uf.ti] | اوفتي

Definisi : persembahan (wang, bunga emas dsb) yg diberikan oleh negara-negara kecil kpd negara-negara besar sbg tanda mengakui kebesaran dan kekuasaannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ufti


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tributary statenegeri uftiSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang membayar ufti atau sumbangan hadiah kepada sebuah negara lain yang lebih besar kedudukan dan kekuatannya. Ufti ini dibayar sebagai tanda menghormati, mengiktiraf kekuatan, meminta perlindungan dan jaminan supaya tidak diserang. Sumbangan pula boleh berbentuk bayaran wang, emas atau hadiah. Secara amnya, negara ini tidak dijajah secara langsung tetapi tidak juga bebas sepenuhnya kerana negara yang besar tersebut sering mengancam kedudukannya. Contohnya, bunga emas yang dihadiahkan oleh kerajaan Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada kerajaan Siam pada abad ke-18.

Kembali ke atas