semiology semiotic | semiologi semiotik | Kesusasteraan | Tiada | Kajian tentang tanda, pelahiran dan komunikasi, pengelompokan secara sistematik dalam bentuk bahasa dan kod, serta fungsi sosialnya. Tanda meliputi bahasa ujaran dan bukan ujaran. Bahasa ujaran seperti percakapan dan bunyi, manakala bukan ujaran seperti gerak badan dan kod budaya yang lain, iaitu makanan, pakaian, dan ritual. Kajian tanda dalam kesusasteraan adalah relevan kerana kesusasteraan menggunakan bahasa yang merupakan sistem tanda utama dalam kebudayaan manusia. |
genderiect | genderiect | Kesusasteraan | Tiada | Variasi percakapan yang membezakan ujaran lelaki dengan ujaran wanita. Kajian genderlect dirangsang oleh feminisme dan pencarian identiti wanita. Perbezaan dalam ujaran dijadikan sebahagian daripada stereotaip seksual tanpa mengira kebenaran dan realitinya. Dalam sesetengah masyarakat, sifat suka membebel dikaitkan dengan wanita secara stereotaip dan kaitan ini dikekalkan dalam peribahasa, jenaka, dan karya kesusasteraan. Feminisme melatar depankan genderlect demi membantah stereotaip ini. Bagi para feminis, perbezaan dalam ujaran wanita boleh diterokai secara positif dari sudut pandangan wanita tentang realiti. Contohnya, genderlect dalam tulisan H�l�ne Cixous dan Luce Irigaray. Ahli antropologi sedar tentang perbezaan ini, namun dalam bidang sosiolinguistik minat mereka terhadap perkara ini bertambah sejak tahun 1970-an. Lihat juga ginokritisisme. |
folklore | foklor | Kesusasteraan | Tiada | Khazanah tradisional yang bersifat ujaran dan bukan ujaran yang wujud dalam masyarakat pratulisan. Foklor tersebar daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain secara lisan, teladan, dan pengulangan. Foklor dianggap suatu bentuk maklumat budaya yang dikongsi bersama oleh masyarakat tradisional. Foklor dapat menghuraikan, mencontohkan, dan menanam nilai dan kepercayaan yang dianggap penting dalam masyarakat tersebut. Antara bentuk foklor termasuklah segala rupa adat resam, ritual, kepercayaan, seni kraf, cerita rakyat, puisi dan nyanyian rakyat, teka-teki, dan perumpamaan. Lihat juga cerita rakyat, teka-teki. |
free indirect style | wacana bebas tak langsung | Kesusasteraan | Tiada | Teknik pengarang menyampaikan pemikiran dan ujaran watak secara tidak langsung dari sudut pandangan watak, seolah-oleh disampaikan sendiri oleh watak. Teknik ini menggabungkan ciri-ciri ujaran secara langsung daripada seorang watak dengan ciri-ciri ujaran tidak langsung seorang pengarang. Contohnya, ujaran bebas langsung dalam novel, �F?tim?h berk?t?, �Aku r?s? diriku tersisih. Perset?nk?n merek?!� Contoh ujaran bebas tidak langsung dalam novel, �F?tim?h berk?t?, dirinya tersisih. Perset?nkan merek?!� |
soliloquy | senandika | Kesusasteraan | Tiada | Ujaran yang disampaikan oleh pelakon secara bersendirian untuk menyatakan perasaan dan pemikirannya. Ujaran (percakapan) biasanya dalam drama atau teater, ditujukan kepada diri sendiri untuk mengungkapkan perasaan dan konflik batin yang dihadapinya. Ujaran tidak disasarkan kepada khalayak, namun khalayak dapat mendengar dan seterusnya mengetahui perasaan dan pemikirannya. Contohnya, ucapan watak Hamlet, �To Be� atau �Not To Be�. Senandika disebut juga sebagai solilokui. Lihat juga monolog. |
logorrhea | logorea | Kesusasteraan | Tiada | Ujaran dalam karya sastera yang menggunakan perkataan yang sukar, tidak tersusun, berbelit-belit, berulang-ulang serta tunggang terbalik. Ujaran ini biasanya ditemui dalam karya puisi dan prosa. Lagorea berasal daripada perkataan Yunani logorrhea yang bermaksud perkataan �pengaliran atau luahan perkataan�. |
intonation | intonasi | Kesusasteraan | Tiada | Perubahan nada suara semasa ujaran atau bercakap. Nada suara ini memperlihatkan sikap pengucap, seperti menyindir, marah dan hairan. Intonasi membezakn sesuatu ujaran itu sama ada pernyataan atau persoalan. Contohnya, pernyataan biasa seperti �kami akan pulang� boleh dijadikan sesuatu soalan dengan mengubah nada suara daripada rendah kepada tinggi. Intonasi banyak digunakan dalam deklamasi sajak, membaca gurindam dan syair. |
ictus | rentak menanjak | Kesusasteraan | Puisi | Tekanan khusus, iaitu memberikan tekakan atau rentak yang lebih pada salah satu ujaran yang terdapat pada kata-kata dalam sesuatu baris puisi itu, sehinggakan menjadi lebih tinggi berbanding dengan bahagian-bahagian ujaran yang lain, terutama apabila dideklamasikan. |
wit | wit | Kesusasteraan | Tiada | Ciri ujaran yang bersifat padat, pantas, dan disusun untuk melahirkan humor dan kesan komik secara mengejut. Kejutan disebabkan oleh kepincangan antara perkataan dengan konsep yang diujarkan di luar jangkaan khalayak, justeru menghasilkan jenaka yang melucukan. Pada kurun ke-17, wit merujuk kepada dialog yang bertenaga dan pintar. Wit pernah diistilahkan oleh penyair Inggeris, Dryden sebagai suatu metafora yang tajam. Wit biasanya dikaitakan dengan puisi metafizikal yang banyak menggunakan metafora lanjutan. Contoh puisi metafizikal ditemui dalam sajak berjudul The Flea oleh Donne. Dalam puisi ini, dua objek yang dibandingkan, iaitu cinta dan kutu, menimbulkan kejanggalan yang mengejutkan sehingga menimbulkan suasana humor. Lihat juga metafora, puisi metafizikal. |
vocal | suara | Kesusasteraan | Tiada | Bunyi ujaran yang pelaksananya tidak mengalami halangan. |