Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ujian atau penyelidikan utk menge-tahui atau memastikan sesuatu percubaan, eksperimen: ~ sains; menguji kaji melakukan uji kaji, meng-eksperimenkan; pengujikajian proses menguji kaji; penguji kaji orang yg melakukan uji kaji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ujian yg dilakukan dgn teliti utk mengetahui apa-apa yg berlaku dan juga utk memperoleh pengetahuan baru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
uji
Kata Terbitan : menguji, teruji, ujian, pengujian, penguji,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
biohackingbiogodam/ biopenggodamanBiologiTiadaUji kaji biologi (menggunakan teknologi seperti pengubahsuaian genetik, dadah, atau implan) yang dilakukan oleh individu atau kumpulan yang bekerja di luar persekitaran penyelidikan perubatan atau perubatan tradisional untuk meningkatkan kualiti atau keupayaan organisma hidup. Sinonim biological hacking.
biological hackingpenggodaman biologiBiologiTiadaUji kaji biologi (menggunakan teknologi seperti pengubahsuaian genetik, dadah, atau implan) yang dilakukan oleh individu atau kumpulan yang bekerja di luar persekitaran penyelidikan perubatan atau perubatan tradisional untuk meningkatkan kualiti atau keupayaan organisma hidup. Sinonim biohacking.
testing recordrekod pengujianHerbaPeraturan dan PemasaranRekod uji kaji atau penilaian kualiti dan keselamatan produk. Menurut Garis Panduan Amalan Pengilangan Baik Ubat Tradisional dan Tambahan Kesihatan, rekod pengujian perlu disimpan setahun selepas tamat tarikh luput sesuatu kelompok produk.
bioassaybiocerakinHerbaPemiawaianProses yang dijalankan untuk menentukan keaktifan biologi sesuatu zat. Contohnya, uji kaji yang dijalankan untuk menentukan keberkesanan ekstrak herba bagi merencat pertumbuhan sesuatu kulat dilakukan dengan menginokulasi kulat tertentu dalam medium yang mengandungi bahan ekstrak tersebut.
testing procedureprosedur pengujianHerbaPeraturan dan PemasaranTatacara terpiawai dan didokumenkan bagi menjalankan uji kaji atau penilaian kualiti dan keselamatan produk.
planning programmeprogram perancanganPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaProses penyiasatan dan penyelesaian masalah perancangan berasaskan penggunaan kaedah penyelidikan saintifik, uji kaji, dan analisis logik.
mirror phasefasa cerminanKesusasteraanTiadaProses pengenalan dan pengertian diri dalam kajian mengenai ego. Pada tahun 1950-1960, seorang pengkritik Perancis Jacques Lacan menyarankan suatu teori strukturalisme yang dipengaruhi teori linguistik Ferdinand de Sausure untuk tujuan kaedah psikoanalitik. Konsep ini timbul hasil daripada uji kaji yang membandingkan reaksi antara kanak-kanak dengan beruk apabila melihat imej sendiri dalam cermin. Hal ini mencetuskan pandangan tentang proses yang dilalui seorang kanak-kanak yang belum dipengaruhi orang lain, yakni belum pandai menggunakan bahasa, mula mengenali diri serta mengerti konsep diri. Kanak-kanak menjalani kehidupannya berpandukan naluri, persepsi, dan ikatan pertalian yang bersepihan. Identiti diri yang terbentuk pada tahap pembesaran ini merupakan identiti bersifat khayalan yang dinamai tahap cerminan. Seterusnya, kanak-kanak akan berasakan bahawa dia dan ibunya adalah sama akibat ikatan simbiotik antara mereka. Ikatan ini seterusnya membentuk rasa bersatu narsisis palsu (a false narcissistic sense of unity). Nafsu dan naluri kanak-kanak adalah untuk ibunya. Persepsi dan fantasi narsisis tersebut membuatkan seseorang kanak-kanak bersikap ego. Oleh sebab ego terbentuk melalui persepsi dan fantasi narsisis, ego dikatakan asing daripada naluri bawah sedar dan pengaruh bahasa. Oleh itu, sebelum bahasa memberikan konsep �saya� pada kanak-kanak, mereka belum lagi mengenali atau mengerti konsep diri mereka sendiri.

Kembali ke atas