Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.kir] | اوکير

Definisi : lukisan yg dibuat dgn memahat (menggores, menoreh, dll) pd barang-barang per-hiasan dll; ~ benam lukisan tenggelam (pd barang-barang perhiasan dll); ~ kencana lukisan pd barang emas; seni ~ seni membuat gambar dll dgn pahat, seni pahat; tukang (juru, pandai) ~ orang yg pandai membuat (membentuk dll) sesuatu dgn pahat; berukir 1. berhiaskan lukisan-lukisan dll yg dibuat dgn cara memahat (menggores, menoreh, dll): kerusi yg ~; 2. bergambar pd kulit tubuh dll (digores-gores dan diwarnai), bercacah; mukanya ~ mukanya bercacah; mengukir 1. membuat lukisan dll dgn cara memahat (menggores, menoreh, dll): dia asyik menarah dan ~ papan cengal tebal; 2. ki membentuk (senyuman), memperlihatkan, menampakkan (senyum dll): mulutnya ~ senyuman; ukir-mengukir perbuatan (kerja dsb) mengukir; mengukirkan 1. melukiskan sesuatu dgn memahat (menggores, menoreh, dll), melukis-kan dgn mengukir: dia sedang ~ lambang negara pd pintu besar bangunan itu; 2. meng-gambarkan sesuatu (peristiwa dsb) dgn indah: sejarah telah ~ kisah-kisah penting apabila masyarakat Islam mula dibangunkan di Madinah; 3. ki melekatkan (menyimpan) dlm hati: kenang-kenangan manis itu akan diukirkan dlm hati; terukir 1. sudah diukirkan: gambar pagoda Siam ~ di situ; 2. ki terbentuk, nampak, ter-dapat: di mukanya ~ senyum lebar menyambut kedatangan Mak Siti; ukiran 1. = ukir-ukiran sesuatu yg telah di­ukirkan, lukisan dll yg terukir: bangunan itu agak muram, dihiasi dgn ~ timbul yg tidak ter­atur letaknya; 2. hasil drpd mengukir, cara mengukir: bangsa Melayu mempunyai ke­se­ni­­annya sendiri spt ghazal, dondang sayang, ba­rang-barang ~ emas, perak, tembaga, dan kayu; pengukiran perihal (perbuatan, kerja, dsb) mengukir; pengukir 1. orang yg mengukir, juruukir; 2. alat yg digunakan utk mengukir (pahat dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.kir] | اوکير

Definisi : hiasan atau lukisan pd sesuatu yg dibuat dgn memahat (menoreh, menggores dll). seni ~ seni membuat perhiasan atau lukisan dgn pahat. berukir mempunyai hiasan yg dibuat dgn cara memahat (menggores, menarah dll): kerusi ~. mengukir mem­buat hiasan pd sesuatu dgn cara memahat (menggores, menoreh dll): Di samping melukis, beliau juga pandai ~. ukir-mengukir segala hal yg berkaitan dgn mengukir. mengukirkan melukis sesuatu dgn memahat (menggores, menoreh dll): Beliaulah yg telah ~ awan larat pd pintu gedung itu. ukiran 1 hasil mengukir: ~nya sangat halus. 2 sesuatu yg diukirkan; lukisan dll yg diukirkan: ~ pd pintu rumahnya sangat menarik. pengukiran perbuatan (cara dsb) mengukir. pengukir 1 orang yg (pandai) mengukir; tukang ukir. 2 alat yg digunakan utk mengukir (spt pahat, pisau). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ukir
Kata Terbitan : berukir, mengukir, terukir, ukiran, pengukir,

Puisi
 

Orang Padang berukir-ukir,
     Membuat ukiran di kayu jati;
Terpandang tuan sedang berfikir,
     Saya merasa sakit hati.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ukir layangukir layangKesenianTiadaTeknik mengukir dengan cara melorek untuk menghasilkan garis-garis dalam ukiran. Sinonim: ukir gores, ukir generat, ukir pidik, ukir surik.
ukir goresukir goresKesenianTiadaTeknik mengukir dengan cara melorek untuk menghasilkan garis-garis dalam ukiran. Sinonim: ukir generat, ukir pidik, ukir layang, ukir surik.
ukir pidik (Ib., Ken., Mel.)ukir pidik (Ib., Ken., Mel.)KesenianTiadaTeknik mengukir dengan cara melorek untuk menghasilkan garis-garis dalam ukiran. Sinonim: ukir gores, ukir generat, ukir layang, ukir surik.
ukir surik (Ib., Ken., Mel.)ukir surik (Ib., Ken., Mel.)KesenianTiadaTeknik mengukir dengan cara melorek untuk menghasilkan garis-garis dalam ukiran. Sinonim: ukir gores, ukir generat, ukir layang, ukir pidik.
ukir generat (Ib., Ken., Mel.)ukir generat (Ib., Ken., Mel.)KesenianTiadaTeknik mengukir dengan cara melorek untuk menghasilkan garis-garis dalam ukiran. Sinonim: ukir pidik, ukir layang, ukir surik.
seni ukirseni ukirKesenianTiadaSeni yang menghasilkan ukiran pada bahan ukir dengan menggunakan teknik mengukir dengan bantuan alat ukir.
surik ukirsurik ukirKesenianTiadaHiasan pada motif ukiran yang berlurah halus dilakukan dengan ukir gores.
ukir tembus separuhukir tembus separuhKesenianTiadaUkiran yang motifnya diukir secara tebukan yang tidak tembus. Sinonim: ukir tebuk separuh.
ukir tebuk separuhukir tebuk separuhKesenianTiadaUkiran yang motifnya diukir secara tebukan yang tidak tembus. Sinonim: ukir tembus separuh
ukir timbulukir timbulKesenianTiadaUkiran yang motifnya timbul.
12345678910...

Kembali ke atas