Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ukur (kata nama)
Bersinonim dengan sukat, takar;,
Kata Terbitan : seukur, mengukur, ukuran, pengukur,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
separation factorfaktor pemisahanKimiaKimia Analisis1. Ukuran pemisahan dua zat dalam pengekstrakan. 2. Nisbah kelimpahan dua isotop selepas pemprosesan dibahagikan dengan kelimpahan isotop sebelum pemprosesan.
nanometernanometerFizikNanoteknologiUkuran panjang bersamaan dengan 10(-9) meter atau bersamaan dengan satu per bilion meter. Nanometer dikaitkan dengan bidang nanoteknologi, iaitu bahan yang saiznya antara 1 nm - 100 nm. Ukuran nanometer (nm) juga digunakan untuk menyatakan jarak gelombang sinaran elektromagnet dalam spektrum sinaran tampak, iaitu 400 nm - 700 nm.
sensitivitykepekaanKimiaKimia AnalisisAmaun bahan atau unsur dalam larutan yang menghasilkan ukuran tertentu. Contohnya dalam spektroskopi serapan atom, kepekaan larutan akueus merupakan kepekatan unsur dalam bahagian per juta atau (μgml-1 atau mgl-1) dalam larutan akueus yang memberikan nilai serapan 0.00436 atau setara dengan 1% serapan.
nautical milebatu nautikaSains MarinTiadaUnit ukuran jarak yang didefinisikan sebagai ukuran tepat 1852 m. Mengikut sejarah, batu nautika ditakrifkan satu minit latitud yang bersamaan dengan satu per enam puluh (1/60) satu darjah latitud. Pada zaman ini, batu nautika merupakan unit SI, yang dibundarkan kepada nombor genap dalam unit meter dan kekal digunakan untuk pengemudian marin dan udara.
sleeperlandasanPerhutananTiada1. Kayu yang digergaji atau ditarah mengikut ukuran piawai tertentu bagi mengalas rel kereta api yang digunakan secara langsung atau dengan menggunakan alat khas. Spesies kayu yang biasa digunakan ialah kayu keruing dan kempas yang diawet. 2. Kepingan kayu yang kuat yang disusun di atas tanah untuk menyokong atau mengalas kayu-kayu lain untuk tujuan tertentu, misalnya untuk pengeringan.
picapika-TiadaUnit ukuran tipografi yang bersamaan dengan 12 poin, 1/6 inci atau 4.2 mm.
fatomfatomSains MarinTiadaUnit ukuran bagi depa jarak panjang yang bersamaan dengan 6 kaki (1.8 m). Unit ini biasanya digunakan untuk mengukur kedalaman air laut. Alat yang selalunya digunakan untuk mengukur kedalaman air laut ialah fatometer dan kaedah ini dikenali sebagai fatogram.
form factorfaktor bentukPerhutananTiada1. Nisbah isi padu kayu yang diperoleh daripada hasil darab tinggi pokok dengan luas pangkal yang biasanya diukur pada ketinggian aras dada, iaitu 1.44 meter. Faktor bentuk digunakan untuk menganggarkan isi padu kayu yang boleh dihasilkan daripada sesuatu dirian. 2. Nisbah modulus kepecahan batang rasuk yang mempunyai bentuk dan ukuran tertentu kepada modulus kepecahan rasuk piawai.
Debye unitunit DebyeFizikKeadaan PepejalUnit ukuran momen dwikutub molekul, simbol D bersamaan dengan 3.3356 x 10^30 Coulomb-meter. Nilai momen dwikutub molekul kebanyakannya menghampiri 1 D.
absorption coefficientpekali serapanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikUkuran pengecilan yang disebabkan oleh penyerapan tenaga apabila sinaran melintasi sesuatu medium. Penyerapan tenaga ini menyebabkan keamatan sinaran berkurang. Nilai ini bersamaan dengan pecahan per unit jarak sinaran terserap. Unitnya ialah cm-1. Pekali penyerapan boleh dikaitkan sebagai: I = I0e-μx, dengan I ialah keamatan selepas melalui medium, I0 ialah keamatan asal, x ialah ketebalan medium dan μ ialah pekali serapan.
12

Kembali ke atas