edible herb | herba boleh makan | Herba | Pemiawaian | Ulam atau sayur-sayuran tradisional yang digunakan dalam resepi masakan sama ada dimakan mentah atau dicelur. Herba boleh makan biasanya dimakan sebagai penyedap rasa dan mempunyai khasiat untuk kesihatan badan dan melindungi daripada penyakit. Contohnya, cekur (Kaempferia galanga) untuk membuang angin dalam badan dan daun pegaga (Centella asiatica) untuk mengubati darah tinggi dan menambah daya ingatan. |
appetizer | pembuka selera | Herba | Pemiawaian | Herba yang dapat merangsang atau meningkatkan selera. Contohnya, ulam-ulaman seperti pucuk gajus (Anacardium occidentale), daun betik (Carica papaya), pegaga (Centella asiatica) dan daun mengkudu (Morinda citrifolia). |
antioxidant | antioksidan | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang digunakan untuk menambah atau mencegah molekul dalam badan daripada teroksida. Contohnya, daun cekur (Kaempferia galanga), ulam raja (Cosmos caudatus) dan pelbagai jenis buah limau yang bersifat antioksidan. |
antioxidant | bahan antioksida | Herba | Tiada | Herba yang digunakan untuk melawan kesan negatif akibat pengoksidaan dan pengumpulan radikal bebas pada tisu badan. Contoh herba ini ialah pegaga, kunyit, daun kaduk dan ulam-ulaman. |