alternating current | arus ulang-alik | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Arus yang mengalir dalam litar yang sentiasa berubah arah setiap setengah pusingan, positif dan negatif secara berkala. |
commuter zone | zon ulang-alik | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
periodic commuting arrangement | pengaturan ulang alik berkala | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Skim yang membenarkan penduduk Singapura dan Malaysia yang memegang pas imigresen jangka panjang bagi tujuan perniagaan dan pekerjaan memasuki negara terbabit untuk bekerja. |
rectifier | penerus | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Peranti yang menukarkan arus ulang-alik kepada arus terus. |
reciprocating engine | enjin salingan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Enjin pembakaran dalam, beromboh yang bergerak secara ulang-alik dalam silinder. Omboh ini disambungkan dengan rod penghubung untuk menghantar daya akibat pengembangan gas hasil pembakaran ke aci engkol. Tindakan ini menukarkan gerakan salingan omboh kepada gerakan putaran aci engkol. |
three-phase | tiga fasa | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Tiga sambungan dalam litar pada pemegun penjana arus ulang-alik. |
alternator | pengulang-alik | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat yang menjanakan arus ulang-alik. |
cyclic voltammetry | voltammetri berkitar | Kimia | Kimia Analisis | Kaedah elektrokimia bagi mengkaji perubahan keupayaan pada suatu elektrod yang melibatkan sapuan keupayaan secara ulang-alik. Kaedah ini sesuai untuk mengkaji sama ada suatu tindak balas redoks itu berbalik atau tidak. |
diode | diod | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Peranti elektronik yang membenarkan arus mengalir pada satu arah yang digunakan sebagai litar pengawal dan penerus arus ulang-alik. |
hysteresis loop | gelung histeresis | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Graf yang menunjukkan ketumpatan medan magnet pada perubahan daya pemagnetan yang sama melalui satu litar bekalan arus ulang-alik. Gelung histerisis membolehkan kadar magnet baki dan tahap ketepuan magnet diketahui. Graf ini diwakili oleh paksi ketumpatan fluks (B) lawan paksi daya pemagnetan (H). |