Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.lang.u.lang] | اولڠ٢

Definisi : sj hiasan sanggul (drpd rangkaian bunga); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ulang-ulang

Puisi
 

Kalau jeruju bandar Siam,
     Siang-sianglah kok padi;
Kalau beralih tempat diam,
     Ulang-ulang mandi kini.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Anjing itu,
     meskipun dirantai dengan rantai emas,
nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis.

Bermaksud :

Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, b. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya, c. Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
e-lecturee-kuliahTeknologi Maklumate-PembelajaranSyarahan dalam talian yang disampaikan menerusi Internet dan dirakam bagi tujuan ulang siar atau ulang lihat.
policy anniversaryulang tabun polisiinsuransTiadaUlang tahun bagi tarikh polisi dikeluarkan seperti tercatat dalam pengisytiharan polisi.
remacerationmaserasi ulangHerbaTiadaProses maserasi yang dilakukan secara berulang-ulang dengan menggunakan sebahagian pelarut, ditapis dan diteruskan maserasi dengan baki pelarut yang baharu. Bahan herba ditapis dan diperah untuk mengeluarkan kesemua pelarut yang tinggal.
epicondylitisepikondilitisSains SukanBiomekanikRadang tisu kolagen yang berlaku di bahagian distal humerus (lengan). Radang ini dipercayai diakibatkan oleh pergerakan lengan yang berulang-ulang dan penggunaan yang berlebihan. Contohnya, perbuatan menggenggam raket tenis dengan terlalu kuat dan memukul bola tenis berulang-ulang kali sepanjang permainan boleh memberikan tekanan berlebihan kepada otot lengan.
chain rhymerima berangkaiKesusasteraanTiadaRima yang berulang-ulang dalam puisi terutamanya pada baris ayat atau stanzanya. Biasanya perkataan akhir bagi suatu baris ayat atau stanza akan berulangan dalam ayat atau stanza yang baharu. Pengulangan ini akan melahirkan suatu makna yang baharu. Hal ini menjadikan seluruh ayat atau stanza saling berkait, berangkai, dan mempunyai pertautan makna antara satu sama lain. Dalam kesusasteraan Melayu, contoh rima berangkai ditemui dalam pantun berkait. Pantun berkait memperlihatkan hubungan berkait antara satu rangkap dengan rangkap yang lain. Pantun berkait biasanya terdiri daripada empat baris serangkap. Perkaitan berlaku dengan cara mengulangi baris kedua rangkap pertama pada baris pertama rangkap kedua. Seterusnya, mengulangi baris keempat rangkap pertama pada baris ketiga rangkap kedua. Perkara tersebut berlaku berulang-ulang dalam rangkap pantun yang kemudiannya. Contoh pantun berkait adalah seperti yang berikut: Teluk Lipat airnya biru, Tempat orang mencuci muka; Tuan dapat kasih baharu, Benci tuan kepada saya. Tempat orang mencuci muka, Bukit roboh Kuala Kemidi; Benci tuan kepada saya, Saya hodoh tiada budi.
epiphoraulang akhirKesusasteraanPuisiGaya bahasa yang mengulang perkataan pada akhir baris puisi yang bertujuan untuk menegaskan maksud dan menimbulkan keseragaman rima. Contohnya, pcngulangan perkataan kola dari petikan puisi "Kemarau Kota" karya Mokhtar Yassin. Sinonim epifora. fajar hilang ditelan enjin dan sibuk kota tawaku kemarau di dada kota.
anaphoraulang awalKesusasteraanPuisiLihat anafora.
pleonasmulang bazirKesusasteraanPuisiPenggunaan gaya pengulangan seperti pengulangan diksi, frasa, kalimat dan rangkap yang dianggap membazir atau tiada memberi makna kepada keseluruhansesebuah puisi. Walaupun tiada pengulangan dilakukan, makna atau penjelasan yang diberikan sebelumnya melalui diksi, frasa, kalimat atau rangkap itu sudah mencukupi. Sinonim makrologi, pleonasme.
polysyndetonulang sendiKesusasteraanPuisiUngkapan ringkas yang menggunakan perkataan atau frasa secara berurutan dengan menggunakan kata hubung. Contohnya, puisi yang kerap menggunakan polisindeton ini ialah "Sepasang Tubuh" karya Wan A. Rafar. Sinonim polisindeton. aku ingin menyelami dasar batinmu yang tenang dan gelisah aku ingin merasai jalan fikirnn dan tindakan akal urat nadi dan salur darahmu aku ingin menyusuri sejarahmu yang panjang dan bercabang.
refrainulang barisKesusasteraanTiadaBaris, sekumpulan baris atau frasa yang membentuk rangkai kata yang terdiri daripada satu baris atau lebih yang berulang pada hujung rangkap.
12345678

Kembali ke atas