Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj ular, Python reticulatus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Phyton reticulatus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ular besar (yg panjangnya boleh mencapai sehingga 8.5 meter) yg memakan berbagai-bagai jenis burung dan mamalia, Phyton reticulatus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ular sawa

Puisi
 

Kulit ular dikata tebal,
     Tebal lagi kulit sawa;
Kalau pujuk makin menyebal,
     Kalau dimarah baru tertawa.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
linopung(Rgs.)linopung(Rgs.)KesenianTiadaMotif tenunan berunsur keadaan berbentuk corak kulit ular sawa. siku keluang
etiologyetiologiKesusasteraanTiadaKajian tentang sebab-musabab. Etiologi juga merupakan pengisahan singkat dalam bentuk prosa atau puisi yang menceritakan asal usul tempat, orang, binatang, benda atau sesuatu kejadian alam. Etiologi merupakan salah satu bentuk sastera awal yang hidup dalam tradisi sastera rakyat sesebuah masyarakat. Etiologi memerihalkan sejarah asal usul sesuatu perkara mengikut kepercayaan masyarakat setempat. Dalam konteks masyarakat silam, sering kali cerita asal usul dikaitkan dengan unsur-unsur mitos dan legenda yang dipercayai berakar-umbi sejak turun-temurun. Cerita asal usul wujud dalam semua tradisi kesusasteraan di dunia. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, unsur etiologi paling ketara ditemui dalam kisah pembukaan kampung, pemberian nama sungai, gunung dan sebagainya. Sebahagian daripada cerita tersebut dikaitkan pula dengan mitos sumpahan, �Sang Gedembai�. Contoh unsur etiologi yang berkaitan dengan kejadian alam dapat dibaca melalui kisah tentang kejadian guruh, gempa, kilat, hujan dan sebagainya. Kisah asal usul binatang pula ditemui dalam cerita-cerita binatang seperti Mengapakah Harimau Mempunyai Belang? Mengapakah Ular Sawa Hilang Bisanya? Dan Mengapakan Burung Puyuh Tidak Berekor? Dalam cerita legenda Raja Bersiung, terdapat beberapa buah tempat di negeri Kedah yang dikaitkan dengan Raja Bersiung.

Kembali ke atas