commentary | ulasan | Kesusasteraan | Tiada | Huraian atau ulasan yang mengandungi penjelasan atau kritikan ke atas sesuatu hasil seni. |
end note | nota hujung | - | Tiada | Rujukan, keterangan atau ulasan yang diletakkan di hujung sesebuah artikel, tesis, kertas penyelidikan, bab buku atau buku. |
foot note | nota kaki | - | Tiada | Rujukan, keterangan atau ulasan yang diletakkan di bahagian bawah pada halaman sesebuah artikel, tesis, kertas penyelidikan, atau buku. |
annotated bibliography | bibliografi beranotasi | - | Tiada | Senarai sumber rujukan mengikut abjad dan disertai dengan ulasan tentang sumber itu oleh pengarang dalam penulisan karya. |
annotation | anotasi | - | Tiada | Catatan yang ditambah pada teks atau bahan grafik untuk memberikan penjelasan atau ulasan lanjut. |
metafiction | metafiksyen | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk karya fiksyen yang menarik perhatian pembaca terhadap kewujudannya sebagai sebuah fiksyen atau cereka. Pengarang metafiksyen memberikan ulasan terbuka gtentang sesuatu peristiwa yang terdapat dalam karya fiksyen itu, terutamanya terhadap unsur yang memberikan pelbagai persepsi kepada pembaca. Oleh itu, karya metafiksyen merujuk ke dalam karya dan bukan terhadap unsur yang terdapat di luar karya. Metafiksyen dianggap sebagai sebuah genre karya yang tersendiri dan berbeza dengan karya fiksyen yang konvensional. Contohnya, karya metafiksyen terdapat dalam The French Lieutenant�s Woman oleh John Fowler dan Olenka oleh Budi Darma. Lihat juga metadrama. |
spoiler alert | bocoran awal | Kesusasteraan | Tiada | Pendedahan maklumat penting terhadap perkembangan plot yang dibocorkan sebelum tiba masanya. Ini biasanya berlaku dalam perbincangan ulasan bagi filem, buku, drama televisyen dan sebagainya yang boleh mengurangkan kejutan atau ketegangan bagi penonton atau pembaca kali pertama. |
blog | blog | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Singkatan bagi weblog. Sebuah tapak web yang mengandungi catatan harian atau diari, artikel, dokumen atau pendapat pengarang mengenai sesuatu topik atau subtopik yang tertentu. Blog juga merupakan jurnal dalam talian yang kerap dikemas kini dengan entri baharu setiap hari untuk bacaan, komen atau ulasan daripada pembaca. Dalam konteks e-pembelajaran, blog sering digunakan sebagai buku latihan penulisan dan portfolio tugasan. Sinonim weblog. |
clinical decision support system (CDSS) | sistem sokongan keputusan klinikal (CDSS) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Sistem yang dapat menganalisis data untuk membantu pengamal perubatan membuat sesuatu keputusan klinikal. CDSS merupakan adaptasi daripada sistem pembuat keputusan yang sering digunakan untuk menyokong pengurusan perniagaan. Pengamal perubatan menggunakan sistem ini untuk menganalisis dan menyediakan ulasan diagnosis sebagai satu cara menambah baik keputusan akhir rawatan. Analisis yang dibuat dapat meramal kejadian yang akan terjadi meliputi kesan ubat sehingga ke simptom penyakit. |
computerized physician order entry (CPOE) | kemasukan arahan pakar perubatan berkomputer (CPOE) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Sistem yang membenarkan pemasukan arahan perubatan oleh pakar perubatan secara elektronik. Sistem ini digunakan seiring dengan sistem e-preskripsi yang akan menyampaikan maklumat kepada pakar perubatan mengenai alahan ubatan pesakit tertentu dan perubatan terkini. Kebanyakan produk rekod kesihatan elektronik (EHR) dilengkapi dengan modul CPOE ini yang membolehkan pakar perubatan mencapai data pesakit dan memberikan ulasan dalam menu yang disediakan. |