worm gear | gear ulir | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Gear yang mempunyai susunan gigi berbentuk ulir kasar yang terletak pada bahagian hujung bawah aci stereng, dalam gear stereng lengan pitman. |
wormhole porosity | keliangan lubang ulir | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Lompang yang terjadi semasa proses pemejalan bahan, yang berupa seperti lubang cacing. Keliangan lubang ulir berpotensi untuk menyebabkan kebocoran atau retakan. |
hose clamp | kapit hos | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peranti yang digunakan untuk mengikat hos dengan masukan dan keluaran enjin, teras pemanas, radiator dan pam air. Kapit hos yang biasa adalah kapit yang berkilasan tinggi dengan gear ulir berskru keluli karbon dan jalur keluli tahan karat untuk mengetatkan dan melonggarkan sambungan hos. |