ulcer | ulser | Herba | Pemiawaian | Kerosakan pada permukaan sesuatu organ atau tisu yang menyebabkan luka atau inflamasi seperti ulser mulut atau ulser usus. Contoh herba yang boleh menyebabkan ulser mulut ialah getah daun atau pucuk gajus (Anacardium occidentale). |
epizootic ulcer syndrome (EUS) | sindrom ulser epizootik (EUS) | Perikanan | Akuakultur | Sejenis penyakit ikan yang disebabkan oleh kulat, Aphanomyces invadans yang menjangkiti ikan air tawar dan air payau. Penyakit ini bermula dengan bintik merah pada badan ikan dan berkembang menjadi ulser serta pendarahan di lokasi jangkitan. Pada peringkat akhir jangkitan, tisu mati dapat dilihat. |
ulcer | ulser | Perikanan | Akuakultur | Luka terbuka akibat daripada kerosakan pada permukaan sesuatu organ atau tisu ikan. |
peptic ulcer | ulser peptik | Kejururawatan | Tiada | Luka atau hakisan tisu yang terbentuk di lapisan membran mukosa disebabkan oleh ketidakseimbangan mukus gaster dan asid gaster yang seterusnya menyebabkan enzim pepsin menghakis mukosa. Biasanya lokasi berlakunya luka atau hakisan tisu ini adalah di gaster dan duodenum. |
pressure ulcer | ulser tekanan | Kejururawatan | Tiada | Perihal pembentukan kudis atau luka disebabkan tekanan yang berterusan serta mengganggu pembekalan darah kepada tisu. Keadaan ini sering berlaku di bahagian prominens tulang. Sinonim: decubitus ulcer. |
decubitus ulcer | ulser dekubitus | Kejururawatan | Tiada | Lihat: pressure ulcer. |
antiulcer | antiulser | Herba | Fitoterapi | Bahan yang berupaya mencegah ulser. |
bland diet | diet blan | Sains Kesihatan | Tiada | Diet yang digunakan untuk merawat ulser gaster. |
perforation | penembusan | Kejururawatan | Tiada | Pembentukan lubang pada suatu organ, tisu atau tiub. Ini mungkin terjadi akibat ulser duodenal, divertikulitis kolon atau kanser gaster. |
Zollinger-Ellison's syndrome | sindrom Zollinger-Ellison | Kejururawatan | Tiada | Sindrom yang merangkumi tiga keadaan yang berikut: iaitu ulser peptik, kehiperasidan gaster dan kewujudan tumor sel pepulau pankreas. |