Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ul.tra.so.nik] | اولتراسونيک

Definisi : berkaitan dgn atau menghasilkan gelombang yg sama sifatnya dgn gelombang bunyi tetapi frekuensinya lebih drpd frekuensi audio. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ul.tra.so.nik] | اولتراسونيک

Definisi : bkn peralatan dsb yg berkaitan dgn gelombang bunyi yg melampui had (takat) pendengaran manusia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ultrasonik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
resolving powerkuasa resolusiTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKemampuan sistem ultrasonik untuk memisahkan dua isyarat kecacatan yang berdekatan antara satu sama lain. Sistem ultrasonik terdiri daripada prob dan alat pengesan kecacatan ultrasonik. Kuasa resolusi bergantung pada ciri-ciri prob dan litar peralatan ultrasonik, sama ada yang bersifat mekanik atau elektronik yang dipengaruhi oleh frekuensi, peredaman atau pelembapan pada prob. Kuasa resolusi juga berkaitan dengan kuasa penembusan. Prob dengan kuasa penembusan tinggi biasanya akan mempunyai kuasa resolusi yang rendah.
angle beam ultrasonicalur ultrasonik sesudutTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikGelombang ultrasonik yang dipancarkan ke atas permukaan logam pada suatu sudut yang diukur dari paksi gelombang ke garis normal permukaan logam tersebut.
ultrasonic scanning presentationimbasan ultrasonikTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikBentuk paparan pada skrin ultrasonik oleh prob semasa proses pengujian bahan dilaksanakan. Terdapat tiga bentuk asas paparan yang dipersembahkan pada skrin ultrasonik, iaitu A, B dan C. Lihat juga imbas-A, imbas-B, imbas-C.
resolutionresolusiTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKeupayaan sistem ultrasonik untuk membezakan kedudukan pemantul daripada ketakselanjaran atau ketebalan bahan yang berada rapat dan dekat dengan permukaan ujian. Resolusi kebiasaannya meningkat dengan peningkatan frekuensi prob. Rajah berikut menunjukkan dua isyarat ultrasonik dengan dua resolusi berbeza. Isyarat di sebelah atas ialah isyarat yang tidak terlerai dengan baik berbanding yang bawah.
angle beam wedgebaji alur sesudutTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikBaji yang digunakan pada prob ultrasonik untuk menghasilkan pancaran ultrasonik sesudut. Baji ini boleh dibina untuk sudut 45°, 60°dan 70° dalam keluli.
phase array ultrasonic techniqueteknik ultrasonik fasa susunanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSalah satu teknik ultrasonik termaju yang mempunyai beberapa elemen hablur tersusun dalam siri 16, 32, 64 atau lebih elemen bagi menghasilkan gelombang ultrasonik secara penyelarasan elektronik.
laser ultrasonicultrasonik laserTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSalah satu kaedah termaju yang mengesan dan menghasilkan gelombang ultrasonik dengan bantuan laser tanpa memerlukan sentuhan secara fzikal antara prob dan bahan uji.
surface wavegelombang permukaanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikGelombang ultrasonik yang dijana pada permukaan bahan melalui pergerakan zarah berbentuk elips dan berupaya menembusi kedalaman bahan lebih kurang satu panjang gelombang.
wave propagationrambatan gelombangTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikGerakan gelombang ultrasonik yang berlaku di dalam bahan berdasarkan jenis mod yang berbeza arah getaran zarahnya, berbanding dengan arah pergerakan gelombang.
through transmission techniqueteknik penghantaran terusTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSistem penghantaran ultrasonik yang menggunakan dua prob yang berada di lokasi yang berasingan dan bertentangan antara satu sama lain, dan digerakkan pada masa yang sama. Prob pertama akan menghantar gelombang bunyi dan diterima oleh prob yang kedua secara terus bagi mengesan kecacatan di dalam bahan. Kedua-dua prob tersebut hendaklah seiras dari segi saiz dan frekuensi.
12345678910...

Kembali ke atas