mankind | umat manusia | Geografi | Tiada | Tiada |
common heritage of mankind | warisan bersama umat manusia | Undang-undang | Tiada | Tiada |
الأمان | perjanjian keselamatan | Agama Islam | Fiqh | Perjanjian keselamatan dan perdamaian di antara kerajaan umat Islam dengan kafir. |
Prophet | Rasul | Sejarah | Tiada | Pesuruh Allah yang diutuskan untuk menjadi khalifah di bumi membimbing umat manusia ke jalan yang benar. |
anthropocentric world | alam insani | Sejarah | Tiada | Pandangan yang menganggap atau mentafsir bahawa manusia sebagai umat yang penting bagi alam berdasarkan penilaian dan pengalaman manusia itu sendiri. |
satire | satira | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk sastera yang menggabungkan unsur jenaka dengan unsur kritikal. Bentuk sastera ini memaparkan kebodohan, kelemahan atau kepincangan seseorang individu, golongan dan institusi masyarakat, negara, serta seluruh umat manusia. Satira berbeza dengan komedi biasa dari segi fungsinya. Tujuan satira bukan sekadar untuk menghiburkan, tetapi juga untuk memperbaik dan memperbetul keadaan dengan menggunakan senjata cemuhan, kecaman, dan penghakiman moral. Satira boleh dibahagikan kepada dua jenis mengikut gaya atau objek kritikannya. Satira yang mengkritik secara lembut, bergurau dan berhasrat untuk mendidik dikenali sebagai satira horas. Satira yang menyerang dengan kasar, kejam, penuh kemarahan, dan kecaman dikenali sebagai satira juvenalian. Satira boleh berbentuk puisi atau prosa. Contoh satira berbentuk puisi ditemui dalam karya berjudul Don Juan (1824) oleh penyair Inggeris Byron yang memperolok-olokkan kebodohan gelagat masyarakat kontemporarinya. Contoh satira berbentuk prosa ialah Gulliver�s Travels (172 |
Islamic Fiqh Academy | Akademi Fikah Islam | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Organisasi subsidiari yang ditubuhkan di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), bertujuan untuk melakukan penyelidikan dan mengeluarkan hukum tentang isu-isu kontemporari berdasarkan prinsip perundangan Islam sebagai panduan umat Islam sedunia. Keputusan yang dibuat oleh akademi ini merupakan satu ijtihad yang melibatkan ulama dan pakar dalam bidang-bidang yang berkaitan dari seluruh dunia, termasuk Malaysia. Contohnya, dalam Persidangan Akademi Fikah Islam ke-4 di Jeddah, Arab Saudi pada 11 Februari 1988, satu fatwa telah dikeluarkan yang menyatakan bahawa �diharuskan organ si mati dipindahkan kepada yang hidup apabila kehidupan penerima organ itu bergantung pada penerimaan organ tersebut atau keselamatan fungsi asas dalam diri penerima bergantung pada penerimaan organ tersebut, dengan syarat mendapat keizinan daripada penderma sebelum dia meninggal dunia atau keizinan daripada waris selepas dia meninggal dunia, atau daripada pemimpin masyarakat Islam jika si mati tidak dikenali atau tidak mempunyai waris |
Islamic States Broadcasting Organisation (ISBO) | Pertubuhan Penyiaran Negara-Negara Islam (ISBO) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Institusi khusus Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang diwujudkan untuk menggalakkan kerjasama dalam bidang penyiaran termasuk pertukaran program radio dan televisyen antara pertubuhan penyiaran negara anggota. Institusi ini menjadikan bidang penyiaran sebagai saluran untuk berdakwah dan menggalakkan perpaduan umat Islam. |
charitable waqf | wakaf khairi | Ekonomi | Ekonomi Islam | Wakaf yang diwujudkan bagi tujuan kebajikan. Wakaf ini terbahagi kepada dua, iaitu wakaf khas dan wakaf am. Wakaf khas ialah wakaf yang manfaatnya telah dikhususkan oleh wakif untuk kegunaan tertentu seperti tanah perkuburan, masjid dan madrasah. Wakaf am pula ialah wakaf yang melibatkan penggunaan umum seperti sebarang aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada umat Islam. |
International Islamic News Agency (IINA) | Agensi Berita Islam Antarabangsa (IINA) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Agensi khusus yang ditubuhkan di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), bertujuan untuk menggalakkan pertukaran maklumat antara agensi berita dalam kalangan negara anggota dan meningkatkan tahap kemahiran agensi berita berasaskan nilai-nilai Islam. Agensi ini turut berperanan dalam membincangkan isu-isu yang berkaitan umat Islam dan dunia Islam keseluruhannya seperti isu-isu sosial, ekonomi dan budaya, menerbitkan berita tahunan mengenai peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam dunia Islam serta menjadi media sokongan dalam membantu mengukuhkan misi dan visi OIC. Agensi ini ditubuhkan pada tahun 1972 dan beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi. |