Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
umat (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan pemeluk: penganut, pengikut, ahli, anak buah,

2. Bersinonim dengan orang ramai: seluruh rakyat, orang banyak, khalayak ramai, umum,

3. Bersinonim dengan segolongan manusia: bangsa, sekumpulan manusia.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
الأمانperjanjian keselamatanAgama IslamFiqhPerjanjian keselamatan dan perdamaian di antara kerajaan umat Islam dengan kafir.
Islamic Fiqh AcademyAkademi Fikah IslamUndang-undangUndang-undang AntarabangsaOrganisasi subsidiari yang ditubuhkan di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), bertujuan untuk melakukan penyelidikan dan mengeluarkan hukum tentang isu-isu kontemporari berdasarkan prinsip perundangan Islam sebagai panduan umat Islam sedunia. Keputusan yang dibuat oleh akademi ini merupakan satu ijtihad yang melibatkan ulama dan pakar dalam bidang-bidang yang berkaitan dari seluruh dunia, termasuk Malaysia. Contohnya, dalam Persidangan Akademi Fikah Islam ke-4 di Jeddah, Arab Saudi pada 11 Februari 1988, satu fatwa telah dikeluarkan yang menyatakan bahawa �diharuskan organ si mati dipindahkan kepada yang hidup apabila kehidupan penerima organ itu bergantung pada penerimaan organ tersebut atau keselamatan fungsi asas dalam diri penerima bergantung pada penerimaan organ tersebut, dengan syarat mendapat keizinan daripada penderma sebelum dia meninggal dunia atau keizinan daripada waris selepas dia meninggal dunia, atau daripada pemimpin masyarakat Islam jika si mati tidak dikenali atau tidak mempunyai waris�.
Islamic States Broadcasting Organisation (ISBO)Pertubuhan Penyiaran Negara-Negara Islam (ISBO)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaInstitusi khusus Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang diwujudkan untuk menggalakkan kerjasama dalam bidang penyiaran termasuk pertukaran program radio dan televisyen antara pertubuhan penyiaran negara anggota. Institusi ini menjadikan bidang penyiaran sebagai saluran untuk berdakwah dan menggalakkan perpaduan umat Islam.
charitable waqfwakaf khairiEkonomiEkonomi IslamWakaf yang diwujudkan bagi tujuan kebajikan. Wakaf ini terbahagi kepada dua, iaitu wakaf khas dan wakaf am. Wakaf khas ialah wakaf yang manfaatnya telah dikhususkan oleh wakif untuk kegunaan tertentu seperti tanah perkuburan, masjid dan madrasah. Wakaf am pula ialah wakaf yang melibatkan penggunaan umum seperti sebarang aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada umat Islam.
International Islamic News Agency (IINA)Agensi Berita Islam Antarabangsa (IINA)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaAgensi khusus yang ditubuhkan di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), bertujuan untuk menggalakkan pertukaran maklumat antara agensi berita dalam kalangan negara anggota dan meningkatkan tahap kemahiran agensi berita berasaskan nilai-nilai Islam. Agensi ini turut berperanan dalam membincangkan isu-isu yang berkaitan umat Islam dan dunia Islam keseluruhannya seperti isu-isu sosial, ekonomi dan budaya, menerbitkan berita tahunan mengenai peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam dunia Islam serta menjadi media sokongan dalam membantu mengukuhkan misi dan visi OIC. Agensi ini ditubuhkan pada tahun 1972 dan beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi.
nasyidnasyidMuzikTiada

 Lagu Arab berasaskan puisi yang bertemakan kemuliaan ajar-an Islam atau memuji Nabi Muhammad SAW. Lagu nasyid juga dinyanyikan oleh umat Islam di negara lain dalam bahasa tempatan masing-masing. Sejak tahun 1990-an, lagu nasyid telah diubah suai sebagai pop nasyid yang dinyanyikan dalam gaya muzik popular dan diiringi alat muzik genderang seperti rebana, kompang, bongo, loceng dan marakas. Rentak masri biasanya digunakan dalam pop nasyid. Contohnya, Puji-Pujian oleh Raihan dan Intifada oleh Rabbani.

istibdal waqfistibdal wakafEkonomiEkonomi IslamTindakan atau amalan menggantikan harta wakaf tertentu dengan harta lain. Penggantian harta wakaf boleh dilakukan sama ada melalui tukaran, jualan atau belian mengikut tuntutan syarak. Tujuan istibdal adalah untuk mendapatkan harta yang lebih baik dengan mengekalkan tujuan asal wakaf tersebut supaya pahala daripadanya terus dinikmati oleh wakif berkenaan. Segala syarat wakaf yang telah dibuat oleh wakif terhadap harta asal akan terpakai terhadap harta baru ini. Kuasa untuk melakukan istibdal wakaf diberikan kepada nazir wakaf apabila didapati harta wakaf berkenaan tidak lagi boleh dimanfaatkan akibat pelbagai faktor. Contohnya, beberapa tanah wakaf yang bersaiz kecil dan terletak bertaburan pada banyak tempat biasanya tidak boleh menghasilkan manfaat yang sewajarnya. Dengan kuasa tertentu, nazir wakaf akan melakukan istibdal dengan cara menjual tanah berkenaan dan wang hasil jualan digunakan untuk membeli sebidang tanah yang lebih luas atau lebih strategik sehingga mampu memberi manfaat yang jauh lebih baik. Walaupun tindakan istibdal ini tidak diharuskan oleh mazhab Syafii, namun Majlis Agama Islam negeri di Malaysia telah membenarkannya berdasarkan mazhab lain demi maslahat umat Islam.

Kembali ke atas