Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : akronim bagi United Malays National Organisation (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata umno


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nominationpencalonanSains PolitikPolitik PerbandinganProses menamakan seseorang untuk bertanding dalam pilihan raya atau wakil kepada sesuatu kelompok. Calon yang dipilih akan mewakili kelompok tersebut bersaing dalam pilihan raya yang bakal dibuat. Proses ini boleh berlaku sama ada dengan mencadangkan nama calon dan diikuti dengan sokongan atau dengan menggunakan kertas undi secara sulit. Contohnya, dalam pemilihan jawatan Naib Presiden UMNO, bahagian-bahagian UMNO akan menamakan calon masing-masing.
amalgamationpenggabunganSains PolitikPolitik PerbandinganPenyatuan beberapa persatuan, organisasi atau badan sosial ke dalam satu badan yang lebih besar dan kukuh. Penyatuan ini dibentuk bagi menjaga kepentingan bersama dan bermatlamatkan untuk mencapai objektif yang sepunya. Contohnya, pembentukan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1946 merupakan ekoran daripada penyatuan beberapa persatuan Melayu seperti Persatuan Anak Negeri Kedah, Persatuan Anak Negeri Johor dan Persatuan Anak Negeri Selangor untuk menentang gagasan Malayan Union. Sinonim gabungan.
rightistpuak kananSains PolitikPolitik PerbandinganGolongan yang cenderung kepada fahaman konservatif. Golongan ini tidak suka kepada tindakan radikal atau perubahan besar yang mendadak. Mereka lebih cenderung kepada pengekalan status quo dan pemeliharaan tradisi masyarakat yang sedia ada dan dalam keadaan tertentu bersifat perkauman yang bergerak untuk memelihara kepentingan kaumnya. Kumpulan ini juga boleh bersifat ekstrem kaum seperti golongan fasis Nazi atau gerakan Ku Klux Klan yang rasis tetapi boleh juga bersifat sederhana seperti UMNO dan MCA. Ia berbeza dengan golongan kiri yang cenderung kepada perjuangan untuk kelas bawahan dan mahukan perubahan radikal dalam masyarakat. Contohnya, dalam politik Malaysia, UMNO dan PAS merupakan golongan kanan manakala Parti Rakyat Malaya pula merupakan golongan kiri.
reciprocitykesalinganSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan antara dua pihak yang saling membantu antara satu sama lain. Hubungan ini tidak semestinya sentiasa berjalan tetapi apabila satu pihak memerlukan bantuan, pihak satu lagi sedia membantu dan demikian juga sebaliknya. Keadaan ini wujud kerana semangat setia kawan yang tinggi dan kesedaran pentingnya rakan yang boleh membantu apabila diperlukan. Contohnya, hubungan UMNO dan MCA kesalingan. Sinonim timbal balik.
cooptationpilih lantikSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan atau aksi melantik seseorang yang bukan daripada kalangan ahli organisasi untuk mengetuai sesuatu tugas atau jawatan. Tindakan ini dilakukan atas beberapa sebab antaranya bertujuan mengukuhkan kedudukan organisasi tersebut. Kooptasi ini dilakukan kerana pemimpin yang dipilih itu mempunyai pengaruh yang besar dan karisma yang tinggi serta dapat mengekang dan membendung saingan politik yang diwujudkan oleh individu tersebut terhadap organisasi itu. Selain itu, kooptasi juga bermatlamatkan untuk mengimbangi kuasa di kalangan kelompok yang bersaing dalam sesuatu arena dan dengan ini dapat melebarkan lagi kedudukan sesebuah organisasi dalam saingan tersebut. Contohnya, Anwar Ibrahim merupakan tokoh yang dipilih lantik dalam UMNO pada tahun l98l. Sinonim kooptasi.

Kembali ke atas