Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öu.mum]/[u.mum] | عموم

Definisi : 1. secara keseluruhan (tidak pd atau mengenai yg tertentu sahaja), bersifat menyeluruh, mengenai keseluruhan sesuatu, lwn khusus (khas): perbualan kami bersifat ~ belaka; penjelasan emaknya itu terlalu ~ dan tidak dapat meredakan kegelisahan-nya; pemandangan ~ pemandangan mengenai keseluruhan soal; pd ~nya pd keseluruhannya, ghalibnya, kebiasaannya; 2. khalayak ramai, orang banyak (bukan orang atau golongan tertentu sahaja): sebagaimana yg diketahui ~, di negeri ini cuma ada empat buah akhbar yg menyebarkan siarannya dlm Bahasa Kebangsaan; kepentingan ~ kepen-tingan orang banyak, kepentingan semua orang (tidak terbatas kpd orang atau golongan tertentu); rapat ~ rapat utk orang ramai; 3. berkaitan dgn orang ramai, utk orang ramai; pilihanraya ~ pemilihan (dgn cara mengundi) yg dilakukan oleh semua orang; rumah sakit ~ rumah sakit utk sekalian orang (bukan utk orang tertentu sahaja); 4. sudah diketahui oleh orang banyak, bukan merupakan rahsia lagi, sudah tersiar ke mana-mana: cerita itu sudah ~, tidak perlu diceritakan lagi; 5. biasa terdapat (digunakan dll) di mana-mana, sudah lazim, tidak asing lagi: sudah banyak perkataan Indonesia yg ~ dipakai di sini; seumumnya 1. sekaliannya, seluruhnya, semuanya: pendeknya perkara-perkara yg bersangkut-paut dgn kepentingan kebangsaan ~ diserahkan kpd kerajaan pusat; keten-teraman yg amat dihajati oleh manusia ~; 2. pd kebiasaannya, pd lazimnya, pd umum-nya; mengumumkan 1. memberitahu kpd orang ramai, memaklumkan, menyerantakan: beliau ~ hari ini bahawa pelajaran sains akan diadakan menerusi televisyen; 2. menyiarkan (dlm akhbar dll), menyebarkan: keputusan-keputusan lengkap peperiksaan akan di-umumkan dlm akhbar-akhbar tempatan; 3. menjadikan umum, menjadikan tersebar di merata-rata tempat, melazimkan; keumuman perihal (sifat dsb) umum, sifat menyeluruh (tidak khusus kpd sesuatu): ~ dan kekhususan tiap-tiap satu kemahiran itu tidak sama; ~ fasal-fasal yg terkandung dlm syarat-syarat dan peraturan-peraturan itu; pengumuman 1. perihal (perbuatan dsb) mengumumkan, pemberitahuan kpd orang ramai, pemakluman: kerajaan dijangka akan membuat ~ mengenai pelantikan itu tidak berapa lama lagi; 2. yg diumumkan: ~ dlm akhbar itu ringkas sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öu.mum]/[u.mum] | عموم

Definisi : sl 1. tidak terang, gelap; 2. sukar difahami, sulit: ® umun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öu.mum]/[u.mum] | عموم

Definisi : 1 mengenai seluruhnya; tidak khas: pd ~nya pd keseluruhannya; kebiasaannya. 2 orang ramai; khalayak ramai: rapat ~ rapat utk semua orang; jalan ~ jalan utk semua orang. 3 sudah diketahui oleh orang ramai; sudah tersiar di merata-rata tempat: Peristiwa itu sudah ~. mengumumkan memberitahukan sesuatu kpd orang ramai; memaklumkan: Guru sudah ~ keputusan peperiksaan kpd murid-murid. pengumuman 1 perbuatan atau hal mengumumkan; pemberitahuan kpd orang banyak. 2 sesuatu yg diumumkan; pernyataan utk mengumumkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umum
1. Bersinonim dengan biasa
( sudah lazim, bukan rahsia lagi, tidak asing lagi, ghalibnya, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan secara keseluruhan
( tidak terbatas, tidak terhad, )
(adjektif:)
Berantonim dengan khusus

3. Bersinonim dengan orang awam
( khalayak ramai, orang ramai, orang biasa, orang preman, mahajana, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : seumumnya, mengumumkan, pengumuman,

Peribahasa

Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga.

Bermaksud :

Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyimpan embacang masak).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gender revealumum jantinaUmumTiadaTiada
general willkehendak umumSains PolitikPolitik PerbandinganKepentigan yang melibatkan keperluan bersama dan sepunya dalam sesebuah masyarakat. Keperluan ini berbeza dengan kepentingan individu yang hanya bersifat peribadi. Dalam urusan kemasyarakatan, kehendak umum lebih diutamakan dan dengan ini kepentingan persendirian terpaksa diketepikan. Konsep ini diperkenal oleh tokoh falsafah Perancis iaitu Jean Jacques Rousseau. Contohnya, pertahanan dan keselamatan negara merupakan satu kehendak umum yang diterima semua.
shout-outucap seruUmumTiadaUcapan penghargaan, pujian atau pengiktirafan yang ditujukan kepada individu, kumpulan atau khalayak umum sama ada secara semuka atau secara langsung melalui media elektronik.
general motiongerakan umumSains SukanBiomekanikGerakan yang terhasil daripada kombinasi gerakan linear dan gerakan bersudut. Contohnya, semasa aktiviti berbasikal, aksi kayuhan melibatkan gerakan bersudut, manakala gerakan keseluruhan jasad (individu dan basikal) merupakan gerakan linear. Kebanyakan pergerakan dalam sukan melibatkan gerakan umum.
general equlibrium analysisanalisis keseimbangan umumEkonomiTiadaAnalisis yang melihat sebuah ekonomi secara keseluruhan dan menyiasat bagaimana harga dan kuantiti keseimbangan bagi barang-barang dan perkhidmatan ditentukan secara serentak dalam ekonomi. Sekiranya sebuah ekonomi dibahagikan kepada beberapa pasaran, maka analisis keseimbangan umum akan mengambil kira hubung kait antara pasaran itu dalam menentukan keseimbangan kesemua pasaran tersebut secara serentak.
public opinionpendapat awamSains PolitikPolitik PerbandinganPandangan , sikap, kepercayaan dan persepsi individu dalam masyarakat yang diperoleh melalui pungutan pendapat terhadap satu segmen masyarakat yang boleh mewakili pendapat umum terhadap sesuatu perkara. Pendapat umum ini dianggap pendapat masyarakat walaupun ia hanya diperoleh daripada sebahagian kecil masyarakat tersebut. Pendapat ini diperoleh melalui kaedah banci, temu bual, intenet dan telefon. Tinjauan pendapat ini diadakan dari semasa ke semasa sekiranya isu atau perkara itu masih dalam perhatian orang ramai. Contohnya, pendapat umum terhadap persaingan kerusi Presiden Amerika Syarikat antara Kerry dan Bush pada tahun 2004.
aggregateagregatEkonomiTiadaJumlah pemboleh ubah mikroekonomi kepada unit yang lebih besar iaitu makroekonomi. Misalnya, pendapatan negara dan tingkat harga umum. Agregat memberi maklumat tentang kedudukan semasa dan perkembangan ekonomi secara umum, seperti pertambahan dalam keluaran negara yang menggambarkan peningkatan ekonomi secara keseluruhannya. Bidang ekonomi yang berkaitan dengan pengkajian agregat ialah makroekonomi.
crime awareness campaignkempen kesedaran jenayahKriminologiKeadilan JenayahUsaha penyebaran pengetahuan atau kefahaman mengenai jenayah kepada masyarakat umum tentang kepentingan pencegahan jenayah dan langkah-langkah untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa jenayah. Contohnya, pemakluman umum melalui media, forum atau seminar tentang pencegahan jenayah.
tsundokutsundokuUmumTiadaKeinginan untuk membaca buku, tetapi tidak membacanya. Tsundoku ialah gabungan perkataan daripada bahasa Jepun, iaitu ‘tsun’ dan ‘doku’.
hazardmarabahayaUmumTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas